hanbi's pov +
"nah. aku tahu kau belum makan malam." pandanganku jatuh ke arah plastik pizza yang sudah terhulur di hadapanku. macam mana dia tahu yang aku tak makan malam ? younghoon sunbae ada kuasa ajaib or something ke ? lambat-lambat sahaja aku menyambut huluran plastik pizza itu. tanpa aku sedari, bibirku menguntum sebuah senyuman.
"dalam banyak-banyak makanan, kenapa sunbae beli pizza ?" aku menyoal, cuba untuk mendapat jawapan demi meleraikan kemusykilan yang asyik bermain dalam fikiranku. bila difikirkan balik, semuanya terasa agak aneh. first, dia tahu rumah aku dekat mana. second, pizza is my favourite food. adakah ianya hanya sekadar kebetulan semata-mata ?
"kau bukan suka pizza ke?" laju sahaja kepala aku mengangguk. "dan... macam mana sunbae tahu saya suka makan pizza?" soalku lagi. younghoon tiba-tiba melarikan pandangannya setelah mendengar soalan yang langsung dia tidak expect akan ditanya. kepalanya digaru berkali-kali.
"err macam mana aku tahu tu tak penting pon. dah, pergi masuk dalam. jangan tidur lewat sangat." niat younghoon untuk memalingkan tubuhnya gagal apabila lengannya aku tarik dengan pantas.
"err, sunbae nak makan sekali dengan saya tak?"
"aku dah makan." ujar younghoon dengan nada yang agak dingin. aku hanya sekadar menganggukkan kepala, tanda faham.
"okay, elok-elok drive !"
___
:¨·.·¨:
'·..➭ DAY 6no one pov +
"semua dah bersedia ke?" mingyu menyoal, ingin memastikan semua ahli kumpulannya sudah bersedia untuk memulakan rehearsal mereka pada pagi itu. mereka mengangguk serentak sebagai jawapan.
team musik sudah pun bersedia bersama mikrofon di tangan masing-masing. manakala team teater pula, ada yang menunggu di backstage sebelum keluar untuk melakonkan watak masing-masing pada waktu yang tertentu, ada yang daripada awal lagi sudah berdiri di bahagian pentas.
setakat ini, rehearsal yang sedang berlangsung pada pagi tersebut berjalan dengan sangat lancar sehinggalah scene di mana younghoon perlu mencium pipi hanbi akhirnya bakal tiba. semua mata kini tertumpu ke arah kedua-dua watak utama yang bakal menyambung lakonan mereka.
"pssst, sekarang weh!" bisik nakyung yang sudah terlampau excited itu. gowon yang daripada tadi sibuk membetulkan kostumnya itu terus menumpukan perhatiannya ke arah stage.
[ LAKONAN ]
"younghoon." hanbi menarik lengan younghoon, membuatkan lelaki itu menghentikan langkahnya. gadis itu menunduk, berusaha untuk mengumpulkan segala keberanian yang berbaki di dalam dirinya untuk meluahkan perasaan sebenarnya terhadap rakan baiknya itu.
"aku nak jujur something dekat kau."
"apa dia?"
"s-sebenarnya— aku dah lama sukakan kau dan ya, aku jealous bila tengok kau makin rapat dengan yang minji. tapi aku sedar diri, siapalah aku ni kalau nak dibandingkan dengan minji. dia cantik, lemah-lembut dan—"
ayat hanbi tergantung apabila younghoon tiba-tiba mengucup pipinya selama beberapa saat. gadis itu diam membatu, riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia agak terkejut dengan kelakuan sahabatnya itu.
"aku pun suka kau pabo."
dalam masa yang sama, team musik nemunculkan diri masing-masing daripada backstage dan persembahan mereka dimulakan. hyunjae sempat menghulurkan mikrofon kepada younghoon apabila lagu bloom bloom mula dimainkan.

YOU ARE READING
stepbae. kyh
Fanfiction❝ kau desperate sangat ke nak kat aku? ❞ dua gelaran dalam masa yang sama ? adakah bakal ada gelaran yang ketiga ? 더보이즈's kim younghoon ♡ status: slow update © jaeminluv || 2020