07

245 49 26
                                    

hanbi's pov +

"oppa." jantung aku terus berdegup kencang. aku berusaha menahan diri daripada terjerit. sumpah terkejut, tak pernah lagi aku jumpa lelaki yang selamba badak suruh aku panggil dia 'oppa'.

"kenapa diam? kau tak suka ke? kalau kau nak panggil sayang pun boleh jugak." sambung younghoon lalu cuba untuk menahan tawanya daripada terletus sebaik sahaja melihat reaksi wajahku.

aku menggigit bibir. perasaan malu aku tak boleh nak kawal dah. walaupun pendingin hawa terpasang di dalam kereta, seluruh wajah aku terasa sangat panas sekarang ini. amboii, kemain lagi ya younghoon sunbae. walaupun daripada luar nampak sombong, tak sangka dia suka menyakat orang lain juga.

"err takdelah. saya okay je kalau nak panggil sunbae- err oppa?" aku cepat-cepat membuang pandangan ke luar tingkap. sumpah malu gila. beberapa minit kemudian, mata aku membulat apabila younghoon melepasi simpang yang menuju ke kawasan rumahku. aik?

"oppa, rumah saya dah terlepas-"

"tahu, aku nak bawa kau pergi date." ujar younghoon dengan suara yang mendatar. aku menekup mulut, cuba untuk tidak menunjukkan reaksi yang terlampau excited.

kadang-kadang, layanan younghoon sunbae terhadapku selalu membuatkan aku terfikir, kenapa dia buat semua ini? aku dengan dia bukannya macam pasangan bercinta kat luar sana, menjalinkan hubungan sebab saling mencintai.

younghoon suruh aku jadi girlfriend dia hanyalah sebab surat confession tempoh hari. dia fikir aku terlalu desperate nakkan dia, sebab itulah aku jadi girlfriend dia selama 30 hari, hiks. apapun, aku akan pastikan tempoh 30 hari ini adalah hari-hari yang paling bahagia selama aku hidup di muka bumi ini.

___

no one pov +

"kamu berdua pasangan couple ke?" tegur ahjumma, pemilik gerai yang menjual ayam cucuk. younghoon dan hanbi yang sedang menikmati ayam cucuk itu tersentak daripada lamunan masing-masing. younghoon tersenyum, menganggukkan kepalanya sebelum membuka bicara. "nae, ahjumma."

"aigooo, ahjumma dah agak. kamu berdua sesuai sangat ! mesti baru lagi bercinta kan ? masing-masing masih nampak janggal, hehe." hanbi terbatuk-batuk usai mendengar pujian yang langsung tidak dijangka itu. younghoon di sebelah tiba-tiba sahaja panik, sebelum menyuakan ice blended miliknya kepada hanbi.

mata hanbi tidak berkelip memandang ice blended yang dihulur oleh younghoon. "tunggu apa tu ? cepatla minum." gesa younghoon.

lambat-lambat sahaja hanbi menyambut hulurannya. bebola matanya ralit memerhatikan penyedut minuman sebelum perlahan-lahan menyedut ice blended  tersebut.

tanpa mereka berdua sedari, ahjumma tersebut sudah tersenyum-senyum memandang gelagat mereka berdua. setelah membayar, mereka berdua beredar daripada gerai tersebut.

hanbi mendiamkan dirinya tatkala mereka berdua berjalan, melepasi gerai-gerai yang lain. kepalanya tidak henti memikirkan tentang indirect kiss yang baru sahaja terjadi sebentar yang lalu. tidak semena-mena, kedua belah pipinya mula merona merah. younghoon yang sesekali mengerling ke arah hanbi itu mengerutkan keningnya, bingung melihat hanbi yang tiba-tiba sahaja tersipu malu.

mata hanbi laju sahaja meliar, melihat sekeliling sebelum perhatiannya beralih ke arah sebuah gerai yang menawarkan perkhidmatan meramal masa hadapan dengan menggunakan kad tarot secara percuma.

"oppa, jom ramal masa hadapan kita." ujar hanbi dengan excited.

langkah hanbi terhenti seketika, lain macam je ayat yang baru sahaja dia ucapkan sebentar tadi. gadis itu memalingkan tubuhnya ke arah younghoon semula. "err maksud saya, ramal masa hadapan masing-masing." tutur hanbi lalu mengemamkan bibirnya, malu dengan kata-katanya sendiri.

younghoon hampir sahaja tertawa namun cepat-cepat dia menyembunyikan tawa tersebut. "taknak. aku tak percaya dengan benda-benda macam tu." ujar younghoon, suaranya kedengaran agak tegas.

hanbi terus memuncungkan bibirnya. "alaa please ? tak perlu percaya pun dengan ramalan tu, kita buat untuk saja-saja je. lagipun free, tak perlu bayar." kening hanbi terangkat, cuba untuk memujuk younghoon. satu keluhan akhirnya terlepas daripada bibir younghoon, terpaksa akur dengan permintaan hanbi.

mereka berdua berjalan mendekati gerai tersebut sebelum disapa dengan mesra oleh seorang wanita yang kelihatan seperti dalam lingkungan 20-an. "silakan duduk." ucap wanita tersebut lalu menghadiahkan mereka sebuah senyuman.

"so, siapa nak mula dulu?" soal wanita itu. wajah younghoon dan hanbi dipandang bersilih ganti. "saya dulu!" hanbi mengangkat tangannya sebelum tersengih.

wanita tersebut mengeluarkan kad tarot sebelum meletakkannya di hadapan hanbi. hanbi diarahkan untuk memilih tiga keping kad. setelah itu, ketiga-tiga kad tarot yang dipilih oleh hanbi diterbalikkan untuk dibaca dan diterjemahkan oleh wanita tersebut.

"kad yang awak pilih semua bagus-bagus. pertama sekali, awak akan berjumpa dengan seseorang yang bakal awak cintai, atau dengan erti kata lain, awak akan bertemu dengan pasangan hidup awak dalam masa yang terdekat. yang kedua, ada banyak perkara yang awak belum tahu dan lambat-laun, awak akan mengetahuinya. kad yang terakhir pula, usaha yang awak lakukan selama ini tidak akan menjadi sia-sia."

hanbi ternganga setelah mendengar penjelasan daripada tukang peramal itu manakala younghoon di sebelah kelihatan agak terkejut namun dia cuba untuk kekal tenang.

"baiklah seterusnya?"

younghoon menggelengkan kepalanya berkali-kali dan ingin beredar namun setelah mendapat jelingan tajam daripada hanbi, dia redha dan terpaksa memilih tiga kad tarot tanpa berfikir panjang.

"okay untuk awak pula, jodoh awak berada sangat dekat dengan awak tapi jika awak tak perasan akan kehadirannya, dia akan semakin menjauh daripada awak. yang kedua, awak mudah terpedaya dengan apa yang awak lihat di sekeliling. oleh itu, sebelum membuat sebarang tindakan, awak perlu berfikir masak-masak dan yang terakhir pula, sama macam cik gadis kat sebelah awak. usaha yang awak lakukan selama ini tidak pernah sia-sia."

___

hanbi's pov +

kata-kata tukang ramalan itu terngiang-ngiang dalam fikiran aku. "maksud dia, aku belum jumpa jodoh aku lagi la ni? dan younghoon sunbae bukan jodoh aku ke? huwaaa-"

"tak nak balik ke?" lamunan aku mati sebaik sahaja ditegur oleh younghoon sunbae. ah, dah sampai depan rumah rupanya. seatbelt aku lepaskan sebelum bersuara. "terima kasih untuk hari ni younghoon sunb- err oppa."

younghoon hanya sekadar menganggukkan kepalanya. baru sahaja aku ingin keluar daripada perut kereta, tiba-tiba pergelangan tangan aku ditarik. aku memandang younghoon semula.

"kau tak payah la nak percaya sangat dengan tukang peramal tu. mungkin kau dah jumpa jodoh kau? cuma kau yang tak perasan?" ujar younghoon sebelum melepaskan genggaman.

"dah, pergi masuk dalam." halau younghoon.

TBC ♡

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now