05

263 45 30
                                    

:¨·.·¨:
'·..➭ DAY 2

the next day.

no one pov +

sebelum menaiki bas, hanbi sempat singgah di sebuah kedai serbaneka yang berdekatan dengan rumahnya untuk membeli roti dan banana uyu. bangun lewat punya pasal, hanbi terpaksa bersiap-siap dengan pantas sehingga tidak sempat untuk bersarapan di rumahnya.

eommanya pula sudah meninggalkan rumah pada pagi-pagi buta lagi, ada outstation katanya. nampaknya minggu ini dia terpaksa tinggal berseorangan diri. setelah mencapai sebungkus roti, hanbi mendekati peti ais yang menempatkan pelbagai jenis minuman. baru sahaja dia ingin mencapai banana uyu yang terakhir, ada seseorang yang turut mencapai minuman tersebut.

serentak itu, hanbi terus mengalihkan pandangannya ke arah gerangan yang cuba merebut banana uyu yang terakhir dengannya. mata hanbi terbuntang, ternyata manusia tersebut ialah mingyu sunbae. mereka baru sahaja terserempak di restoran semalam, dan hari ini pun terserempak lagi?

cepat-cepat hanbi menarik tangannya semula. mingyu mencapai banana uyu tersebut lalu menghulurkannya kepada hanbi. gadis itu terpinga-pinga seketika sebelum mencapai huluran tersebut. "kamsahamnida, sunbaenim." ucap hanbi, serba salah kerana mingyu terpaksa mengalah deminya.

"ah, takpelah. hari ini saya boleh minum susu yogurt. sedap tau! lain kali, awak pun boleh lah try." ujar mingyu sambil mengeluarkan susu yogurt berperisa asli sebelum berjalan ke arah kaunter, diikuti oleh hanbi. sementara menunggu pelanggan di hadapannya selesai membuat pembayaran, mingyu menoleh ke arah hanbi semula.

"hanbi-ssi, awak dah tahu ke yang sir johnny ambil mc selama seminggu?" soal mingyu.

hanbi terdiam buat beberapa saat sebelum menggelengkan kepalanya dengan laju. "err saya tak tahu apa-apa pulak. habistu, class kami dengan sir johnny macam mana? terus takde ke?"

"separuh daripada korang akan join kelas pelajar tahun 2 and lagi separuh akan join kelas kitaorang." terang mingyu. dia pun baru sahaja mendapat maklumat tersebut pada malam tadi.

"wah, boleh pula macam tu ya? tak mengganggu kelas sunbae ke nanti?" soal hanbi lagi, membuatkan mingyu menggelengkan kepalanya. "nope, korang boleh tengok apa yang kami belajar dan mungkin korang kena join sekali buat persembahan teater dengan kitaorang?"

hanbi menelan air liur setelah mendengar kata-kata mingyu. omg, buat persembahan teater dengan para-para senior yang berpengalaman? erk, itu okay lagi. cuba bayangkan kalau kena buat persembahan teater muzikal pula! itu lagilah parah, kerana melibatkan pelajar-pelajar jurusan muzik sekali.

___

di hadapan bangunan fakulti filem, teater dan animasi.

"yyah, lee hanbi!" panggil gowon sebaik sahaja ternampak batang hidung hanbi yang sedang berjalan bersama mingyu sunbae.

"woah woah, apahal hanbi jalan sesama dengan mingyu sunbae pulak ni? hanbi kena tolak dengan younghoon sunbae ke weh?!" bisik nakyung, hatinya mulai risau jika rancangan mereka tidak menjadi atau lebih tepat lagi, gagal.

sebaik sahaja hanbi menghampiri mereka berdua, nakyung dan gowon mula menundukkan pandangan masing-masing.
"hah dah kenapa pulak ni?" soal hanbi, bingung. beberapa saat kemudian, baru gadis itu teringat tentang surat cinta yang pandai-pandai aje mereka berdua buat.

"mind to explain?  kenapa korang buat macam tu kat aku?" hanbi menyoal sambil memeluk tubuhnya, memandang wajah gowon dan nakyung dengan tajam.

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now