no one pov +
dua tahun yang lalu.
setelah berjalan kaki selama lebih kurang 15 minit, lee hanbi akhirnya tiba di rumahnya dengan selamat. pintu rumah yang terbuka dengan luas itu membuatkan dahinya serta merta berkerut. gadis itu sempat menoleh ke arah kereta audi hitam milik appanya yang terparkir di hadapan rumahnya.
perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumahnya. entah mengapa dia berasa tidak sedap hati setiap kali appa pulang awal. sejak kebelakangan ini, kedua orang tuanya sering bergaduh sehingga hampir sahaja bercerai beberapa hari yang lalu.
air liur ditelan dengan pahit sambil cuba untuk menepis segala perasaan risau dan aura negatif agar keluar daripada fikirannya. beberapa saat kemudian, bunyi jeritan kuat yang dapat didengari daripada luar rumah terus membuatkan mata hanbi membulat besar.
"eomma?!" sebaik sahaja menyedari pemilik suara tersebut, hanbi terus berlari masuk ke dalam rumahnya tanpa menanggalkan kasut terlebih dahulu. nak tertanggal jantungnya apabila melihat lantai ruang tamu rumahnya yang telah dibanjiri dengan darah. eommanya pula sedang memeluk kaki appanya dengan erat, enggan melepaskannya suaminya itu.
"a-apa yang dah jadi ni?!" jantung gadis itu terus berdegup dengan pantas akibat perasaan panik yang tiba-tiba menyerang dirinya sambil mendekati eommanya yang masih kekal memeluk kaki appanya. tanpa gadis itu sedari, air matanya mulai mengalir dengan deras sebaik sahaja melihat darah yang tidak henti-henti mengalir keluar daripada tubuh ibunya.
"lepaskan aku lah gila!"
"yeobo, t-tolong jangan c-ceraikan saya! kalau ya pun, t-tolong tunggu sampai hanbi m-masuk universiti-" ucap eommanya, dengan suara yang terketar-ketar. bunyinya kedengaran sangat lemah. tubuh wanita yang berusia sekitar lingkungan 40-an itu menjadi semakin lemah akibat kehilangan darah yang banyak. bila-bila masa sahaja wanita itu boleh pengsan.

YOU ARE READING
stepbae. kyh
Fanfiction❝ kau desperate sangat ke nak kat aku? ❞ dua gelaran dalam masa yang sama ? adakah bakal ada gelaran yang ketiga ? 더보이즈's kim younghoon ♡ status: slow update © jaeminluv || 2020