04

272 49 36
                                    

hanbi's pov +

"lee hanbi! yang kamu masih terbongkang kat atas katil ni kenapa?" selimut yang membaluti seluruh tubuhku tiba-tiba sahaja ditarik dengan kasar. aku menggeliat seketika apabila terdengar suara eomma membebel.

"aduh, apa bising-bising ni eomma? class hanbi lambat lagi lah." getus aku, menarik semula selimut yang terjatuh daripada katil lalu ingin melelapkan mata semula. niat aku untuk menyambung tidur terus terganggu apabila punggung aku tiba-tiba menjadi mangsa pukulan eomma.

serentak itu, mata aku membulat besar. fuh, mata aku yang terasa berat beberapa saat yang lalu terus menjadi segar-bugar. hilang segala rasa ngantuk disebabkan oleh kesakitan pada punggung aku.

"aduhh! kenapa eomma-"

"kamu tak bagitahu eomma pun yang kamu dah ada boyfriend!" aku bangun daripada pembaringan dengan serta merta sebaik sahaja mendengar kata-kata yang baru sahaja meluncur laju daripada mulut eomma, memandang wajah eomma yang kelihatan agak terkejut dan bengang dalam masa yang sama.

aku terlopong sebelum menelan air liur dengan pahit. "m-macam mana eomma tahu?!"

"boyfriend kamu tengah tunggu kat luar tu. cepatlah bersiap! dah tahu hari ni ada date kenapa tak bangun awal? haihh." bebel eomma sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali lalu berjalan keluar daripada bilik aku.

"tapi-" dahi aku berkerut, bingung. aku menghampiri tingkap di dalam bilik aku sebelum menyelak langsir. sekali lagi mata aku membulat apabila ternampak younghoon sunbae yang sedang bersandar pada pintu keretanya. ada satu persoalan yang kini bermain dalam minda aku. macam mana younghoon sunbae boleh tahu rumah aku?

sebaik sahaja mencuci muka dan menggosok gigi dengan kelajuan yang paling maksimum, aku terus berlari ke luar  rumah, mengabaikan panggilan eomma.

aku mengambil masa untuk mengatur nafas aku yang masih tidak teratur buat beberapa saat. dalam masa yang sama, aku dapat merasakan bahawa younghoon sunbae sedang memerhatikan aku atas bawah. serentak itu, aku baru sedar yang aku masih berpakaian baju tidur. sudahlah gambar kartun frozen pula tu. aduh, buat malu jelah kau ni hanbi! jatuhlah reputasi aku sebagai seorang fashionista di hadapan younghoon sunbae. ceh.

"apa yang sunbae buat dekat depan rumah saya? dan macam mana sunbae tahu ni rumah saya ?" aku menyoal, terpaksa mendongakkan sedikit kepalaku untuk memandang wajahnya. entah mengapa, younghoon sunbae kelihatan lebih kacak berbanding sebelum ini. rasa macam tak nak pandang benda lain dah, nak tatap wajah kacak dia buat selama-lamanya!

"kau lupa ke yang kau dah jadi girlfriend aku?" younghoon sunbae mengangkat salah satu keningnya. aku menelan air liur, melarikan pandangan ke arah lain. sejujurnya, aku ingatkan dia bergurau je semalam-

"err okay. tapi, pagi ni saya ada kelas." ucapku. dalam masa yang sama, aku masih tak percaya yang aku betul-betul dah jadi girlfriend younghoon sunbae, my own crush! tapi kenapa aku rasa macam sekarang ni aku tengah hidup dalam dunia fanfic yang aku selalu baca dekat wattpad tu?

"kelas kau dah cancel. takkan tu pon tak tahu lagi?" aku terdiam seketika. seriouslah? asal aku tak tahu apa-apa sia? oh iya, aku kan baru je bangun tidur. handphone pun tak sempat sentuh lagi. aku memandang younghoon sunbae dengan penuh musykil. apahal sampai aktiviti kelas aku pon dia boleh tahu ni?

"pahal kau pandang aku macam tu?" aku terus tersentak daripada lamunan sebelum menggelengkan kepala dengan laju. "err takde apa hehe. erm, jemputlah masuk. sunbae hanya perlu tunggu 15 minit je! saya janji dalam masa 15 minit, saya dah siap." younghoon sunbae memandang aku dengan tajam, ragu-ragu dengan kata-kata aku.

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now