08

309 44 19
                                    

:¨·.·¨:
'·..➭ DAY 4

no one pov +

"so, ini adalah skrip untuk team teater. oh iya, nampaknya team muzik pun ada yang kena berlakon jugak." mingyu menhulurkan buku skrip yang agak tebal kepada setiap member team teater. apabila tiba giliran younghoon, tiba-tiba sahaja kertas-kertas skrip tersebut terlepas daripada tangan mingyu.

"oops, sorry. aku tak sengaja." ucap mingyu. ahli kumpulan mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri masing-masing dan sibukkan diri untuk menyelak kertas-kertas skrip tersebut. younghoon sempat menjeling mingyu sekilas sebelum mengutip kertas-kertas skrip yang sudah berterabur di hadapannya itu.

hanbi yang berada di sebelah younghoon turut membantunya. menggigil-gigil tangan gadis itu sewaktu dia ingin mengutip kertas-kertas tersebut. hatinya langsung tidak tenteram memikirkan mingyu dan younghoon. setakat ini, semuanya masih baik-baik sahaja lagi, kot?

suasana yang sudah sedia sepi itu kian menyepi apabila kesemua ahli kumpulan membaca skrip masing-masing dengan penuh teliti terutama sekali hanbi. mata hanbi membulat sebaik sahaja membaca watak yang dia dapat untuk tugasan kali ini.

"omg, aku jadi watak utama?!"  hanbi bermonolog di dalam hati. akhirnya, buat kali pertamanya dia mendapat watak utama setelah berkali-kali memainkan watak sampingan. paling teruk, dia pernah dapat watak perampas tempoh hari.

kumpulan mereka bakal mempersembahkan sebuah teater muzikal yang menceritakan kisah percintaan sepasang remaja sekolah menengah yang agak cliché, seperti cerita-cerita yang dia selalu baca di dalam aplikasi wattpad. dalam masa yang sama, team muzik pula akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Bloom Bloom by The Boyz.

namun, ada sesuatu yang pelik. mengapa watak utama lelaki masih kosong? adakah mereka perlu berbincang sesama ahli kumpulan? dan yang lebih mengejutkan semua orang adalah kedua-dua watak utama mempunyai beberapa adegan yang memerlukan skinship.

hanbi menelan air liurnya dengan pahit. persoalannya sekarang, siapa yang bakal menjadi watak utama lelaki? a.k.a pasangannya di dalam persembahan ini.

"weh hanbi, kau ada kiss scene lah siot!" ujar nakyung, agak kuat. kesemua ahli kumpulan mereka mula memandang ke arah nakyung yang sudah tersengih. peha nakyung ditampar perlahan. "kau ni!"

"so, seperti yang korang dah baca, kita kena pilih watak utama lelaki terlebih dahulu." mingyu tiba-tiba bersuara, memecahkan kesunyian.

"saya rasa sunbae adalah orang yang paling sesuai untuk memainkan watak tu sebab sunbae kan lebih berpengalaman." ujar salah seorang pelajar, membuatkan ahli-ahli yang lain terus menganggukkan kepala masing-masing, tanda bersetuju.

"kalau tiada sebarang bantahan, saya okay je." ucap mingyu sebelum mengukirkan satu senyuman.

"kalau setakat nak orang yang berpengalaman, aku pun boleh buat la." tiba-tiba younghoon bersuara setelah lama mendiamkan diri. semua tumpuan kini beralih ke arah younghoon pula.

"sorryla bro tapi watak utama hanya layak untuk dimainkan oleh budak teater je. dah nama pun pelajar jurusan teater. so, kitaorang lah yang kena berlakon." kata-kata mingyu kedengaran agak sinis. suasana pula menjadi semakin tegang dibuatnya.

younghoon tertawa kecil sebelum bersuara. "lah, kau sendiri yang cakap tadi team muzik pun kena berlakon? oh, aku rasa kau lupa kot yang aku ni pernah ambil jurusan teater masa kat sekolah menengah dulu. so, aku pun dikira layak. am i wrong? " ujar younghoon dengan kening yang terangkat.

mingyu hanya mampu mendiamkan dirinya sebelum mengetapkan bibir, menahan geram.

"ya betul tu! saya rasa younghoon sunbae pun layak untuk jadi watak utama. lagipun, younghoon sunbae dan hanbi adalah pasangan couple. so, lakonan mereka berdua mesti nampak lebih natural, hehe." sampuk nakyung, cuba untuk mengubah pemikiran ahli-ahli kumpulannya.

hanbi disebelah sudah menahan malu. aduh, kalau ya pun tak perlulah sampai nak bagitahu semua orang pasal tu.

ahli-ahli kumpulan mereka mula berbincang antara satu sama lain lalu seorang demi seorang mula bertukar fikiran. dalam sekelip mata sahaja, semua orang memilih younghoon sebagai watak utama lelaki.

maka secara rasminya, younghoon dan hanbi akan berlakon menjadi pasangan bercinta tersebut. perbincangan kumpulan mereka diteruskan dengan sesi membaca skrip masing-masing sehinggalah larut petang.

___

hanbi's pov +

lima belas minit sudahpun berlalu sejak aku cuba untuk melelapkan mata namun sepasang mata aku ini seakan-akan tidak mahu memberikan kerjasama pada malam ini. sudahlah suasana rumah aku yang sunyi sepi tanpa keberadaan eomma serba sedikit berjaya membuatkan aku berasa seram sejuk.

tambahan pula, otak aku ini daripada tadi tak henti-henti membayangkan adegan-adegan yang bakal aku lakonkan bersama younghoon sunbae. hish, gatal betul lah kau ni hanbi! aku bangun daripada katil dan menuju ke arah dapur untuk melegakan tekak yang tidak berapa nak dahaga.

"haish, eomma pun satu. langsung tak call aku ke apa. busy sangat ke? hiks." bebel aku sebelum mencapai sebotol minuman susu kultur daripada peti ais sebelum berjalan ke arah bilikku semula.

penyedut minuman aku cucukkan ke dalam botol tersebut. sewaktu aku ingin menyedut minuman tersebut, tiba-tiba sahaja aku teringat tentang ice blended milik younghoon. tidak semena-mena, seluruh wajahku mula memerah manakala bibir aku automatik menguntumkan sebuah senyuman.

"huwarghh, lee hanbi disahkan angau!"

aku menyembamkan wajah ke atas bantal. serentak itu, telefon pintarku tiba-tiba berdering. cepat-cepat aku mencapai telefonku yang berada di atas meja sisi katil.

mata aku membulat sebaik melihat nama si pemanggil. kenapa younghoon sunbae call aku malam-malam buta ni? tanpa melengah-lengahkan masa, butang hijau terus diswipe dengan pantas.

"yeoboseyo?"

"kenapa kau belum tidur lagi?"

"err, saya tak boleh tidur."

"aku dah ada kat depan rumah kau."

"huh?"

belum sempat aku ingin membalas apa-apa, talian sudah dimatikan. cepat-cepat aku menyelak langsir tingkap di dalam bilikku. mata aku terus terbeliak melihat younghoon sunbae yang sudah terpacak di hadapan pagar rumah aku bersama plastik pizza di tangannya.

kenapa younghoon sunbae datang rumah aku malam-malam buta ni?

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now