06

261 48 23
                                    

no one pov +

"err mestilah b-boleh." tergagap-gagap hanbi dibuatnya. wajah gadis itu mula memerah. sudahlah kini mereka berdua sedang diperhatikan oleh semua orang yang ada di dalam dewan kuliah tersebut. bertambah malulah dia.

satu senyuman nipis terukir pada bibir younghoon manakala nakyung dan gowon pula sudah mula mengangkat punggung, ingin menukar tempat duduk. kononnya tidak mahu menganggu pasangan bercinta tersebut.

hanbi perasan akan tingkah laku rakan-rakannya itu dan cepat-cepat dia menarik tangan gowon. "yyah, korang nak pergi mana?" soalnya, risau. "duduk kat tempat lain. kitaorang tak nak kacau korang berdua hehe." ujar gowon lantas melepaskan pegangan tersebut.

hanbi menggigit bibirnya, pasrah. beberapa minit kemudian, lecturer mereka akhirnya muncul di dalam dewan kuliah.

"selamat pagi semua. miss  difahamkan kat dalam ni ada para pelajar tahun 1 & 3 jurusan teater dan juga pelajar tahun 3 jurusan muzik, betul kan mingyu?" mingyu yang duduk di barisan hadapan sekali tiba-tiba disoal oleh miss irene. "nae, betul tu miss." jawab mingyu.

"okay. so, mesti semua dah tahu kan apa yang korang akan belajar untuk class pada pagi ini? ya, tajuk kita pada pagi ini adalah teater muzikal." terang miss irene. pelbagai jenis reaksi boleh dilihat daripada semua pelajar yang ada di dalam dewan kuliah tersebut. ada yang excited, ada yang nervous , ada yang kelihatan seperti tiada perasaan malah langsung tidak excited.

45 minit kemudiannya.

"sebagai tugasan korang semua untuk minggu ini, miss nak kamu semua bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik dan teater. setiap group wajib ada senior untuk bantu junior okay?  miss benarkan kamu semua untuk pilih ahli kumpulan masing-masing. lepas tu, ketua kumpulan tolong datang jumpa miss untuk ambil skrip."

"oh iya, lagi satu. persembahan akan dibuat di hadapan semua para pelajar yang ada di universiti ini pada minggu hadapan. oleh itu, setiap group kena berlatih bersungguh-sungguh dan diharapkan dapat memberi persembahan yang terbaik demi menjaga nama dan prestasi kedua-dua fakulti." sambung miss irene.

"baiklah, kalau tiada sebarang pertanyaan, miss keluar dulu. korang semua boleh lah pilih ahli kumpulan." ujar miss irene sebelum mula mengatur langkah, meninggalkan dewan kuliah.

beberapa saat setelah miss irene beredar, suasana terus berubah riuh, lebih-lebih lagi pelajar jurusan teater. mingyu bangun daripada tempat duduknya dan terus berjalan ke arah tempat duduk hanbi dan younghoon.

sekali lagi, semua mata menumpu ke arah mereka. bukan apa, semua orang kecuali segelintir pelajar tahu bahawa mingyu dan younghoon saling bermusuhan disebabkan oleh kejadian yang berlaku semasa festival muzik dan teater pada tahun lepas.

pada awalnya, mingyu berkawan baik dengan younghoon walaupun mereka berdua berlainan jurusan namun sejak tragedi pada malam tersebut, mereka berdua terus memutuskan tali persahabatan yang telah lama dibina.

"hanbi-ssi, awak nak masuk kumpulan saya tak?" mingyu mengangkat kening, berharap agar hanbi sudi menjadi ahli kumpulannya. hanbi menelan air liurnya sebelum melirik ke arah younghoon yang langsung tidak memandangnya, malah sibuk dengan telefon pintar.

"nak!" hanbi mengangguk laju. mingyu terus tersenyum namun senyumannya mulai pudar apabila younghoon tiba-tiba sahaja membantah.

"aku tak benarkan."

serentak itu, hanbi dan mingyu terus menoleh ke arah younghoon. mingyu memutarkan bebola matanya, meluat dengan perangai younghoon.

"aku tak minta izin daripada kau pun." ujar mingyu, agak bengang sebelum mengalihkan pandangannya. baru sahaja lelaki itu ingin beredar, lengannya tiba-tiba ditarik kasar oleh younghoon dan suasana di dalam dewan tersebut tiba-tiba menjadi panas. pelajar-pelajar lain hanya mampu menonton dan memasang telinga masing-masing.

"aku ulang sekali lagi, aku tak benarkan hanbi masuk kumpulan kau." younghoon memberikan peringatan kepada mingyu. hanbi menggigit bibirnya, kepalanya mulai pening. takkan dia nak mendiamkan diri je? dia perlu lakukan sesuatu.

"err macam ni la! apa kata kalau kita bertiga satu kumpulan?" wajah younghoon dan mingyu dipandang bersilih ganti. hanbi cuba untuk melakukan sesuatu walaupun dia tahu idea itu terlampau gila. kisah apa dia.

"saya setuju." "aku tak setuju."

"setuju tak setuju, kita bertiga dah jadi satu kumpulan. keputusan muktamad."

___

hanbi's pov +

"kau memang dah gila." gowon memandangku dengan wajah tidak percaya sebelum kepalanya menggeleng berkali-kali. nakyung pula hanya tertawa kecil. apa yang lawak pun aku tak tahu.

tteokbokki yang berada di hadapanku aku pandang dengan tidak berselera. hilang terus selera makan aku lepas sedar yang aku dah buat satu kerja gila. ya, aku tahu mingyu sunbae dan younghoon sunbae takde hubungan yang baik. aku sendiri pun tak pasti apa sebabnya. tapi, bukankah ini satu peluang yang baik untuk biarkan mereka berdua berbaik semula?

"btw, petang ni kita tak ada class kan?" soal nakyung. aku hanya sekadar menggelengkan kepala. buat kali yang ke berapa entah, aku mengeluh. memikirkan nasib kumpulan aku. pasti masa nak berbincang nanti terasa sangat awkward.

"alah, kau tak payah nak risau sangatlah." ucap gowon, cuba menenangkan hati aku yang langsung tidak tenteram. aku tetap hargai walaupun kata-katanya langsung tidak menbantu. aku hanya mampu tersenyum nipis sebelum bebola mataku tertancap ke arah geng younghoon yang sedang berjalan ke arah kami.

younghoon sunbae berhenti tepat di hadapan aku. "jom balik, aku hantarkan." aku terkebil-kebil memandangnya. jap, aku tersalah dengar ke? memanglah normal kalau boyfriend nak hantar girlfriend dia balik rumah tapi aku ingatkan younghoon marah aku sebab pandai-pandai je satukan dia dengan mingyu dalam satu kumpulan.

aku sempat mengerling ke arah gowon dan nakyung yang sudah terkumat-kamit. "kau tunggu apa lagi? pergilah balik!" itulah ayat yang dapat aku baca daripada pergerakan bibir mereka berdua.

"okay, jom." beg galas yang berada di sebelah aku capai sebelum tersengih ke arah rakan-rakanku. setelah itu, kami berpisah dengan geng masing-masing. aku hanya mengekori langkah younghoon ke tempat keretanya diparkir.

dalam masa yang sama, ada sepasang mata yang memerhati hanbi dan younghoon daripada jauh. manusia itu mengetapkan bibirnya sebelum berlalu pergi.

"sunbae tak marah dekat saya ke?" aku membuka bicara, memandang younghoon di sebelah dengan hati yang berdebar-debar.

"kenapa kau asyik panggil aku sunbae? kau tu girlfriend aku, bukannya orang asing." kata-kata yang diucapkan oleh younghoon sunbae membuatkan aku terkedu. lidah aku kelu, tak tahu nak jawab apa. kenapa tiba-tiba sahaja dia nak kisah tentang panggilan aku terhadapnya?

"err habis tu, s-saya nak kena panggil apa?" air liur ditelan dengan pahit. younghoon yang daripada tadi hanya memandang hadapan kerana ingin fokus memandu akhirnya mengalihkan pandangannya ke arahku sebelum kembali bersuara.

"oppa."

___

i'm a bit late but, congrats to our boys ! 😭❤❤ thankyou so much to thebs around the world  yg dah bersusah payah streaming video² performance tbz & juga vote utk tbz :) lepas ni kita fokus utk kingdom pula eh hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

i'm a bit late but, congrats to our boys ! 😭❤❤ thankyou so much to thebs around the world  yg dah bersusah payah streaming video² performance tbz & juga vote utk tbz :) lepas ni kita fokus utk kingdom pula eh hehe.

btw, sepatutnya sy update semalam tpi excited  nak tengok rtk punya pasal smpai lupa nak update :')

stepbae. kyhWhere stories live. Discover now