no one pov +
"take it or throw it." ayat tersebut masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran hanbi. senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya sejak pagi tadi sehinggalah sekarang. gowon dan nakyung sesekali menjeling hanbi yang masih memeluk bunga tersebut dengan erat, langsung tidak mahu melepaskannya walaupun sesaat. kemana-mana sahaja dia pergi, pasti akan bawa bunga itu sekali.
"sudah sudah lah tu hanbi. sekejap lagi sir johnny sampai!" ujar gowon lalu mengerling jam dinding di dewan kuliah dengan penuh nervous. sudah lah hari ini sir johnny akan memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk mempersembahkan sketsa pendek berdasarkan watak yang mereka dapat beberapa hari yang lalu.
"weh hanbi, kau tak nervous ke siot? kalau kau kena pilih nanti macam mana?" kini, nakyung pula menyoal dengan dahi yang berkerut, bingung dengan hanbi yang kelihatan sangat tenang. barangkali masih angau, memikirkan crush tercintanya itu. selalunya gadis itulah yang paling kecoh setiap kali kena buat persembahan sketsa di hadapan kelas.
melihat hanbi yang masih kekal diam itu, nakyung sekali lagi bersuara. "kenapa kau suka sangat dengan younghoon sunbae tu? aku tahulah dia handsome tapi dia nampak macam sombong je."
"entahlah weh, aku percaya dengan cinta pandang pertama." balas hanbi. gadis itu mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap, memandang bangunan fakulti muzik sebelum kembali tersengih.
"sampai bila kau nak suka dia senyap-senyap weh? dah lapan bulan kot kau usha dia daripada jauh. kau tak pernah terfikir nak confess ke?" kata-kata gowon itu berjaya membuatkan lidah hanbi kelu buat seketika.
"err, aku takutlah nak confess." gowon dan nakyung memutarkan bebola mata mereka setelah mendengar jawapan hanbi sebelum memandang antara satu sama lain.
"aku dah tak tahan ah weh, kita perlu buat sesuatu." bisik gowon kepada nakyung. nakyung hanya sekadar mengangguk laju, setuju dengan kata-kata gowon.
___
hanbi's pov +
"sumpah lega weh! nasib baik aku tak kena pilih tadi." luahku sebaik sahaja sir johnny melangkah keluar daripada dewan kuliah diikuti oleh pelajar-pelajar lain memandangkan kelas mereka pada petang tersebut telah pun tamat.
"err... mungkin kau bernasib baik kot hari ni." kata gowon sebelum memberi isyarat kepada nakyung. dahi aku automatik berkerut melihat gelagat mereka berdua. dah kenapa pulak nak berbahasa isyarat kat depan aku?
tiba-tiba, nakyung mengeluarkan sesuatu daripada begnya sebelum menghulurkannya kepadaku. aku memberikan mereka berdua pandangan pelik sebelum memandang sepucuk surat yang dihulurkan oleh nakyung. lambat-lambat sahaja aku menyambut hulurannya itu.
"surat apa ni?" kini, surat tersebut telah pun bertukar tangan. baru sahaja aku ingin membuka surat tersebut, tiba-tiba mereka berdua menghalang aku daripada berbuat demikian.
"ehh jangan bukak! kau tak boleh baca surat ni, hehe." getus gowon, agak panik ketika aku hampir sahaja membuka surat tersebut. ah sudah, ni yang makin membuatkan aku semakin tertanya-tanya.
"habistu, kenapa korang bagi aku?" sekali lagi aku menyoal, masih tidak faham dengan apa yang mereka berdua cuba nak lakukan.
"err kitaorang nak kau bagi surat ni kat younghoon sunbae." ucap gowon dan nakyung, serentak.
"hah? korang nak aku bagi surat ni dekat younghoon sunbae? kenapa?" wajah gowon dan nakyung aku pandang bersilih ganti. mereka berdua hanya mengangguk serentak sambil tersengih-sengih.
"alah bagi jelah, bukannya kitaorang suruh kau buat benda tak senonoh kat dia." sampuk nakyung. sekali lagi aku memandang surat yang berada pada tanganku dengan penuh musykil.
"ingat tau, jangan baca surat ni." gowon memberi peringatan kepadaku.
"ha yelah yelah." apalah agaknya yang tertulis kat dalam surat ni sampai mereka berdua tak bagi aku baca?
"ok, fighting hanbi! jumpa esok." nakyung dan gowon melambaikan tangan mereka ke arahku sebelum meninggalkan aku seorang diri di hadapan bangunan fakulti muzik.
aku melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan sementara menunggu kelas younghoon sunbae tamat. macam mana aku boleh tahu younghoon sunbae ada kelas petang ni? well, dah lapan bulan kot aku kat sini, mestilah aku tahu sebab selalunya aku terserempak dengan pelajar-pelajar jurusan muzik sebaik sahaja kelas tamat. jadi, itu bermakna setiap hari tersebut, mereka pun ada kelas petang.
earphones yang disimpan dalam tote bag aku keluarkan sebelum menyumbatkannya ke dalam kedua belah telingaku.
entah mengapa, hati aku rasa berdebar. debaran tersebut menjadi semakin kuat apabila aku ternampak para pelajar tahun 3 jurusan muzik mula berjalan keluar daripada bangunan fakulti muzik.
tidak lama kemudian, sepasang mata aku tertancap ke arah younghoon sunbae dan gengnya yang baru sahaja keluar. aku menelan air liur lalu memegang dadaku.
"you can do this hanbi! bagi surat, pastu blah." bisikku perlahan. sebaik sahaja melihat younghoon sunbae berpisah dengan rakan-rakannya, aku terus mengambil peluang untuk mendekatinya tanpa teragak-agak.
aku menggigit bibir. aku dapat merasakan bahawa dia kelihatan agak terkejut kerana aku tiba-tiba sahaja muncul, buat kali keduanya.
"err... maaf ganggu, saya cuma nak sampaikan surat ni dekat sunbaenim." serentak itu, aku menghulurkan surat tersebut kepadanya.
younghoon sunbae menyambut huluran aku dan terus membuka surat tersebut di hadapanku. jap, aku tak expect pulak yang dia akan bukak surat tu kat depan aku- sebenarnya aku nak lari daripada sini secepat mungkin, tapi nanti nampak biadap lah pulak. argh!
"kau desperate sangat ke nak kat aku?"
wait- what?
k-kenapa dia cakap macam tu? aku terdiam seketika sebelum menarik surat daripada genggaman tangannya dan mula membaca.
╭─────────────────╮
dear younghoon sunbae ♡
nama saya lee hanbi, pelajar tahun 1 jurusan teater. saya nak bagitahu kat sunbae yang sebenarnya saya dah lama suka sunbae sejak hari pertama lagi saya masuk universiti ni.
╰─────────────────╯
nak luluh jantung aku dibuatnya usai membaca isi kandungan surat tersebut. sungguh aku tak nak mencarut, but wtf?
aku menelan air liur dengan pahit, masih terkejut dengan apa yang baru sahaja aku baca sebentar tadi. tak guna betul- jsjsj. patutlah mereka berdua beria tak nak aku baca surat ni!
lidah aku kelu. aduh, aku nak jawab apa sia sekarang ni-
tiba-tiba sahaja younghoon sunbae melangkah beberapa tapak ke hadapan, mengurangkan jarak di antara aku dengan dirinya. aku dapat merasakan wajah aku mula memerah. apa yang aku mampu lakukan sekarang ini hanyalah menunduk ke bawah. sumpah malu bodoh!
manusia yang takde perasaan malu je berani tulis surat cinta lepastu hantar depan-depan! huwaa habislah aku... tapi masalahnya, bukan aku yang tulis surat tu! bangang gila HAHAHAH.
"okay lee hanbi, be my girlfriend for 30 days." kata younghoon sunbae, memandang tepat ke arah anak mata aku. bibirnya mengukirkan satu senyuman yang sukar untuk aku fahami sebelum melangkah pergi, meninggalkan aku yang masih tercengang.
jap woi, aku dahlah masih terkejut pasal surat confession tadi tu dan apa? younghoon sunbae nak a-aku jadi girlfriend dia?!

YOU ARE READING
stepbae. kyh
Fanfiction❝ kau desperate sangat ke nak kat aku? ❞ dua gelaran dalam masa yang sama ? adakah bakal ada gelaran yang ketiga ? 더보이즈's kim younghoon ♡ status: slow update © jaeminluv || 2020