part 27

25 1 0
                                    

       Qis tersenyum sendiri di dalam biliknya.Dia membelek belek lengannya yang dipegang oleh Afif tadi.

       "Hmm apa yang aku tengah rasa sekarang ni?Bos pun nampak pelik.Haihhh..."

       Qis menjadi buntu.Tiba tiba pintu biliknya diketuk.

      "Qis,turun sat.Ada makhluk Allah nak jumpa dengan kau". Kata Anis

      " Eh,sapa pulak nak jumpa aku malam malam ni?"

      Anis hanya mengangkat bahu."Turun lekas naaa".

      Qis mengeluh seketika sebelum bangkit dari katil.Dia hanya mencapai hoodienya lalu turun ke bawah.

      Qis meninjau makhluk Allah tersebut dari pintu rumah.Besar matanya melihat Afif sedang tersenyum manis ke arahnya.Qis menghampiri Afif

      "Assalamualaikum,Qis".

      Qis tersenyum." Waalaikumussalam".Mereka bersandar pada kereta Afif.

     "Bos buat apa datang rumah saya ni?"

     "Aku bosan duduk rumah.Aku rasa kau je yang boleh buat aku tak bosan".

     Qis memandang Afif pelik." Habistu,bos nak saya buat apa ni?"

       Afif tersenyum lalu menoleh ke arah Qis."Jom pergi tasik tadi.Aku nak tengok tasik tu waktu malam malam macamni".

      "Okaylah.Saya nak bagitau kawan saya tu kejap".

      Afif mengangguk. Qis pula masuk ke dalam rumah semula

     Selepas memberitahu Anis,Qis menapak semula ke kereta Afif.

     " Okay bos.Jom"

******************************

     Qis dan Afif beriringan ke bangku di kawasan tasik tersebut

     "Qis kau kalau keluar malam memang pakai hoodie je ke?"

     Qis mengangguk."Malam malam.Sejuk bos".

     Afif hanya mengangguk.Dia tersenyum melihat pemandangan tasik di hadapannya ketika itu

     "Bos,bos suka tempat ni?" Tanya Qis

      Afif mengangguk. "Suka.But jangan risau.Aku takkan rampas tempat favourite kau ni".

      Qis mengangkat kening."Kenapa saya nak kena halang kalau bos nak jadikan tasik ni tempat favourite bos?"

      "Sebab biasanya aku jumpa orang kalau dah suka something ni,memang jadi favourite dia sorang je lah.Tak nak share dengan orang pun".

      Qis tergelak kecil." Orang lain,bos.But not me.Saya tak kisah nak share tempat ni dengan bos".

      "Betul ke ni?"

      "Betul.Lagipun saya selalu datang sini sorang sorang je.Kalau bos selalu ajak saya datang sini,takdelah bosan saya".

       Afif tersenyum." Thank you,Qis".

      Qis hanya tersenyum lalu mengangguk

     "Qis,kejap". Afif terus bangkit dan pergi ke suatu tempat

     Qis hanya melihat Afif pelik.Namun dia tersenyum semula apabila Afif menghulurkan satu kon aiskrim coklat kepadanya.

      Qis mengambil huluran tersebut." Thank you,bos".

      Mereka menikmati aiskrim sambil berborak.Afif tergelak kecil melihat bibir Qis yang sedikit comot.

      "Qis,bibir kau comot".

      " Ha,yeke?Alah saya tak bawak tisu lah bos.."Kata kata Qis terhenti apabila sesuatu melekap pada bibirnya.Dia menoleh ke arah Afif yang sedang khusyuk mengelap bibirnya

      "Kau ni makan aiskrim macam budak kecik.Nasib baik aku bawak tisu ni". Kata Afif lembut

     Tanpa sedar senyuman nipis mula terukir di bibir Qis.Jantungnya mula berdebar debar.

      'Ya Allah.Kenapa dengan jantung aku ni.Laju semacam bila mamat ni buat macamni'.

      " Aku nak buang tisu ni kejap".Afif bangkit dari bangku tersebut

      Baru Afif hendak melangkah,Qis menahannya semula

      "Bos,kejap".

       Afif menoleh ke arah Qis semula sambil memandangnya pelik

       Qis tergelak kecil lalu bangkit.Dia menghampiri Afif sehingga mereka betul betul berhadapan

       Qis meraih lembut tisu yang ada dalam tangan Afif tanpa bersentuhan.Dia kemudian mengelap lembut bibir Afif pula.

       " Bos cakap orang.Bos pun sama makan aiskrim macam baby".

      Afif tergamam apabila Qis berada sedekat begitu dengannya.Matanya tidak lepas memandang Qis yang rendah sikit daripadanya itu

      Qis mendongak sikit memandang Afif."Okay done.Biar saya buang tisu ni".Qis terus berlalu ke tong sampah

      Afif memegang bibirnya sambil tersenyum senang.

To be continued...

      

     

  

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now