part 34

30 0 0
                                    

'Kenapa aku tak halang dia buat macamtu tadi eh?Ke aku ni dah suka kat dia.Aaaa stress!'

"Qis!" Anis menepuk bahu Qis

Qis tersedar lalu termelatah kecil."Eh!Kenapa?"

"Kau tu yang kenapa?Termenung je dari tadi". Kata Haikal

" Ha,aku termenung ke tadi?"

Anis mengangguk."Yelah,sampai merah merah muka kau tu.Kenapa?"Tanya Anis

Qis menyentuh mukanya."Merah?Takda apelah.Aku nak pergi tandas jap tau".

Mereka mengangguk.Qis terus sahaja berlalu dari tempat tersebut

******************************
Afif termenung sendirian.Fikirannya menerawang ke kejadian lalu

Flashback..

Afif memerhati Qis yang berlalu meninggalkan mereka sambil mengeluh berat

Anis dan Haikal memandang Afif pelik."Aikk Afif.Kau pulak dah kenapa?Pandang Qis tu lain macam je".tanya Haikal

"Aku tengok Qis tu macam tak lalu je nak tengok muka aku ni.Aku ade buat salah ke?"

Anis menggeleng melihat Afif."Bro,perempuan mana yang tak marah kalau tiba tiba lelaki kendong badan dia macamtu?"

Afif membulatkan matanya."Lahh dia marah sebab tu ke?Aku ingatkan dia tak kisah".

"Agak agaklah.Qis tu tak pernah kena macamtu.Lepastu kau pergi block dia atas kerusi tu dah kenapa?Dia mana pernah dekat sangat dengan lelaki macamtu".

Afif hanya senyap

" Ha lagi satu.Kau cakap apa dekat Qis masa kau block dia tu?Sampai dia boleh ikut cakap kau".

Afif tersengih."Ehehehe aku ugut dia kalau dia tak senyap aku nak kiss dia".

Anis membesarkan matanya."Perghh kau ni.Main cara kotor,patutlah dia senyap.Aku rasa sebab tu kut dia terkejut".kata Anis

"Habistu,aku nak buat apa ni?"

Haikal tersenyum."Eh jap!Sebelum tu aku nak tanya.Kau suka Qis ke?"

Afif hanya senyap

End flashback....

"Hmmm aku suka dia ke?"

"Sukalah!" Haikal mengejutkan Afif dari belakang

Afif memegang dada."Ishh kau ni.Terkejut aku".

Haikal tergelak lalu duduk di sebelah Afif."Sapa yang kau suka ke tak tu?"

Afif menggeleng."Takde sape lah".

"Eleh..nak kelentong dekat aku pula tu.Asal kau fikir pasal Qis pulak ni?"

Afif tersengih."Wei,kau rasa dia marah aku lagi tak?"

Haikal berfikir sejenak."Hmm sepanjang aku kenal insan bernama Qis ni,dia takdalah suka marah sangat.Tapi bila yang kau buat ni luar dari jangkaan dia,tu aku tak taulah bro".

Afif mengeluh."Haihh apa aku nak buat kalau dia marah aku ni?"

"Rilekslah.Kan Anis cakap dia cuma terkejut je tu.Cuba kau tanya Qis elok elok nanti".

Afif hanya mengangguk." Eh kau siap siap ni nak pergi mana?"

"Nak pergi rumah Anis lah.Nak tolong apape.Kau nak ikut tak?"

Afif mengangguk."Nak nak.Tunggu aku kejap".

Haikal hanya mengangguk manakala Afif berlalu ke biliknya

******************************
"Assalamualaikum awak". Sapa Haikal

" Waalaikumussalam.Haa sampai pun".Kata Anis

"Anis,Qis mana?" Bisik Afif

Anis tersenyum."Hmm tak habis habis dengan Qis kau tu.Dia ada kat dapur tengah potong potong.Pegilah tolong dia".

Afif mengangguk lalu menapak ke dapur rumah Anis

"I'm sour candy.So sweet that I get a little angry yeah.Sour candy.Yeah yeah,yeah yeah oww!"

Afif tergelak melihat Qis menyanyi lagi blackpink.Tengah basuh sayur sambil menari pulak tu

"Assalamualaikum". Sapa Afif dari belakang Qis

" Waalaikumussalam".Qis menoleh ke belakang.Terkejut dia melihat Afif

"Bos!Dah lama sampai?"

Afif mengambil tempat di atas kerusi."Baru je.Banyak lagi ke kerja kau?"

Qis membawa bekas berisi sayur tersebut lalu mengambil tempat di sebelah Afif

"Banyak lah jugak nak kena potong potong ni.Bos kenapa boleh sampai ke dapur ni.Cari garam ke?"

"Eh buat apa aku nak cari garam.Aku cari kaulah".

Qis memotong sayur tersebut sambil mengangguk kecil." Oh,cari saya pulak buat apa?Saje je nak dengar saya nyanyi lagu blackpink?"

Afif tersengih."Tak berniat sebenarnya.Tapi dah rezeki aku nak terdengar.Kau ni pun satu.Tak baik tau bernyanyi kat dapur.Nanti dapat lelaki tua".

"Hehehe kalau jodoh saya nak buat macamana?Dah minat saya menyanyi".

" Sukati kau lah.Ni kau nak Aku tolong apape tak ni?"

"Ermmm bos potong bawanglah.Bos boleh tahan mata tak?"

"Ceh ni Afif lah.Potong bawang je pun".Afif berlalu ke arah sinki untuk mengambil pisau

Qis tersenyum melihat telatah Afif.

To be continued....

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now