part 32

23 0 0
                                    

        Afif dan Qis beriringan keluar dari kereta.

       "Bang,nak sate dua plastik".

      Penjual itu mengangguk lalu membungkuskan sate tersebut.Setelah itu diberikan kepada Qis.Baru sahaja Afif hendak membayar,Qis terlebih dahulu mengeluarkan duitnya lalu diberikan kepada penjual itu

      Qis mengucapkan terima kasih lalu terus ke arah kereta meninggalkan Afif yang terpinga pinga

       " Ye,bang.Abang nak sate ke?"Pertanyaan penjual itu mengejutkan Afif.

      Afif menggeleng."Eh,takpe takpe.Kawan saya dah beli tu tadi.Terima kasih".

      Penjual itu mengangguk lalu Afif segera ke keretanya

      "Qis,kenapa kau bayar?Aku nak belanja kau kan?" Tanya Afif

      Qis tersengih."Bos pun dah lupa ke yang saya janji nak belanja bos sate masa bos izinkan saya cuti haritu?"

      Afif berfikir sejenak lalu dia mengangguk."Memanglah.Tapi ganti rugi sate kau tadi macamana?"

      "Alah,rilek lah bos.Satu je pun.Lagi penting janji saya dekat bos.Haa bos nak makan bila ni?"

      "Err dekat rumah nantilah.Aku tengah drive ni.Kau makanlah dulu".kata Afif

      Qis menggeleng." No,bos kena rasmikan dulu sate ni baru saya boleh makan".

      "Macamana aku nak makan dalam kereta ni?"

      Qis tersenyum sinis.Dia mengambil sebatang lidi sate tersebut lalu disua ke mulut Afif.Tergamam Afif dibuatnya

     "Meh saya suap bos.Bukak mulut...aaaa". Kata Qis membuat gayanya sekali

     Afif tersenyum nipis lalu membuka mulut.Dia mengunyah perlahan lahan sate yang disuapkan oleh Qis tadi

      " Haaa sedap tak,bos?"

      Afif hanya mengangguk lalu dia membuka mulut meminta Qis menyuapkan lagi

      "Qis,kau memang suka makan sate ke?" Tanya Afif

     Qis mengangguk"Suka".Jawabnya sepatah

      "Oh patutlah kau suka sebab sate ni memang sedap.Nak lagi?" Pinta Afif sambil membuka mulutnya

       Afif yang masih khusyuk memandu tidak perasan yang sate pada lidi tersebut sudah kosong.Dia berasa pelik apabila dia tergigit suatu benda yang nipis tetapi keras.

       Afif menjeling sekilas kepada Qis.Mana taknya,dia suapkan lidi ke mulut Afif.Bukannya sate.

       "Ehehehe sorry bos". Qis mengeluarkan lidi dari mulut Afif.

      " Dah bos drive elok elok.Giliran saya pulak nak makan.Nanti dekat rumah bos sambung".Kata Qis lalu mengeluarkan lagi sebatang lidi dari plastik tersebut

      Afif tersenyum melihat telatah Qis.

******************************
      "Mulai esok dah mula tau persiapan untuk majlis Anis dengan Haikal.Mak dah minta tolong orang kampung dah". Kata Puan Rosmah

       " Tapi,mak.Esok kitorang nak kena pergi cari baju".Kata Anis

       Puan Rosmah mengangguk."Mak tau.Kamu pergi lah.Esok baru tolong".

       Mereka berempat hanya mengangguk.

******************************
        Anis,Qis,Afif dan Haikal berbual bual di ruang tamu

       "Korang,esok nak pergi fitting baju naik kereta siapa?" Tanya Haikal

       "Qis!" Jawab Afif selamba.Kini semua mata tertumpu ke arah Qis

       Qis membulatkan matanya."Eh apa pulak kereta saya,bos.Malas laa.."

       "Okey kalau macamtu kita osom.Sapa kalah kita guna kereta dia". Kata Anis memberi cadangan

       " Ishh Anis.Kau dah tau aku fail bab osom mengosom ni,kan?"

       Anis tersengih."Sebab aku tau lah aku nak kita osom".

       "Kuajaq hang.Haihh yelah yelah guna kereta aku esok". Qis mengeluh perlahan

       Afif tergelak kecil." Eh,belum osom lagi dah mengalah?"

      "Bos,take it or leave it".

      Afif akur." Okey okey jangan marah.Haa kan bagus tu volunteer awal awal.Esok ambik kitorang dekat homestay eh".

      Qis hanya mengangguk.Dia mengeluh seketika."Beginilah nasib diriku yang malang,oh Tuhan..."

      Afif,Anis dan Haikal tergelak kecil mendengar nyanyian Qis

To be continued...

      

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now