part 3

41 1 0
                                    

      Hani melihat sekeliling.Takda orang.Dia membuka telefonnya lalu menyambung drama korea yang belum ditamatkan itu lagi

      Sementara itu,Afif mengerling jam tangannya.Dah masuk waktu lunch.Dia menutup failnya dan mengatur langkah ke luar.Dia mencari Qis.'Jangan budak tu lunch dulu sudah'.

      Matanya tertancap pada seseorang yang sedang khusyuk melihat telefonnya.Afif tersenyum sinis lalu mendekati Qis.

      Afif melihat sekeliling.Takda orang.Peluang boekk punya.Dia perlahan lahan menapak ke belakang Qis.Nasib membelahinya apabila Qis tidak menyedari kehadirannya langsung

     Afif melihat dari belakang Qis.Dia tersenyum kecil melihat screen telefon Qis yang terpampang tulisan korea.Tengok drama korea rupanya budak tu

     Afif menciut sedikit bahu Qis.Kali ini Qis tidak melatah kerana terlalu khusyuk

     "Oi!"Qis yang menyedari namanya dipanggil dan bahunya dicuit pantas menoleh ke belakang.

     Terkejut Qis apabila mukanya sudah berada begitu dekat dengan muka bos nya.Untuk seketika mereka bertentangan mata akibat kedua duanya terkejut

     'Ya Allah...dekat nyaa dia ni.Eh asal jantung aku berdegup laju ni?'.kata Qis di dalam hati

     Sementara itu,Afif sudah gugup.Dia menelan liur melihat wajah Hani.'Aduhh.Asal ni.Jantung aku ni laju semacam.Dahlah muka aku dekat dengan muka dia.Ya Allah...cantiknya mata dia'.katanya di dalam hati

      Tiba tiba Qis tersedar.Dia memandang sekeliling." Err...boss!"

      Afif tersentak.Lantas dia menjauhkan dirinya dari Qis."Eh,kau ni!Tengok drama je tau.Jomlah lunch.Kau nak belanja aku kan?"Afif terus keluar dari situ.

     Qis menepuk dahi.Baru dia teringat ganti rugi yang tak berapa nak ruginya tu dekat bos nya.

     Qis menyimpan telefon dan mengambil begnya.Sebelum keluar,dia menepuk nepuk mukanya yang semakin memerah.Malu woooo

     Semasa menunggu makanan sampai,Mereka hanya berdiam diri.Tak berani langsung nak mengungkit pasal tadi

      Qis menghirup jus epalnya.Dia berasa bosan dan hanya bermain telefonnya

      Afif mengerling Qis."Qis,teruk ke rabun kau?"

     Qis memandang Afif."Takdelah sangat.Tapi kalau tengok bos dekat depan saya ni je,nampak lah.Kenapa,boss?"

     "Kalau macamtu,tak payahlah pakai speck tu.Pakai masa nak buat kerja je".

      Qis menggeleng.Sebenarnya dia bukan taknak bukak,tapi bila dia bukan je,mesti ada yang akan puji dia cantik.Bukan dia nak riak,tapi dia malas nak dianggap sebagai orang yang menunjuk nunjuk anugerah Allah.Lagipun alang alang dia rabun,baik dia pakai speck.Karang kalau bos dia terpegun tengok dia tu,nanti dicop sebagai pekerja nak pikat bos.No way,brotha!

      " Tak yah lah,bos.Saya malas nak tanggalkan.Nak pakai nanti pun susah.Rosak tudung saya nanti".

      Afif membuat muka.'Ceh,macamlah cantik sangat.Eh Padahal memang cantik pun.Eh dah kenapa kau ni Afif.Tiba tiba je.Kau suka dia ke?Eh,no no no way!'Afif menampar mukanya sendiri

      Qis pelik melihat bos nya."Bos,ok dok?Tampar tampar muka tu dah kenapa.Nyamuk ka?Ke bos yang nyanyuk?"Qis tergelak

      Tajam Afif memandang Qis.Dia hanya senyap.Tak sedar langsung dia menampar mukanya sendiri di hadapan PA nya.Tak pasal pasal dicop sebagai bos nyanyuk.

      Setelah makanan sampai,Afif makan dengan berselera.Ye lah,PA belanja kan.Jarang jarang orang buat macamtu

      "Eh,Qis.Kau tak makan ke?"

      Qis menggeleng."Taklah,boss.Saya mana ada order tadi.Takpe,boss makan jelah".

      Afif baru teringat yang papanya cakap yang Qis ni tak berapa senang hidupnya.

     "Errr takpalah.Kau order la.Yang tu aku belanja". Pelawa Afif

      Qis menggeleng lagi."Eh,tak payah.Kan saya yang kena belanja boss.Saya dah kenyanglah.Boss nak ke tengok saya ter buekk(muntah) dekat sini?Saya rasa tak nak kot.Takpe bos makan je". Qis berkata sambil membuat muka hendak muntahnya.Bukan dia takda duit nak makan,cuma dia betul betul tiada selera.

      Afif hanya mengangguk laju menyambung makan

       To be continued....

    

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now