part 50

42 1 0
                                    

"Qis,masuk bilik aku kejap".

" Baik bos".

Few seconds later....

"Bos ada apa panggil saya?"

"Harini lunch dengan Aku".Kata Afif

Qis mengangguk." Okay bos".

"Macamana tidur semalam?Okey?" Tanya Afif

Qis mengangguk."Okey je.Tapi entahlah kenapa rasa macam saya tidur malam tadi lain macam".

Afif tersenyum sinis."Mana tak lain macamnya,boleh peluk orang Dekat sebelah".

"Hah?Tak nak saya peluk bos".

" Tak nak konon.Orang ni lah yang kau syok syok peluk semalam".Afif menunjuk dirinya

Qis menelan liur."Alahh tu tak sedar.Bos nak apape lagi ke?"Qis menukar topik

"Buatkan aku air".

Qis mengangguk lalu meminta izin untuk keluar dari bilik Afif

******************************
" Qis.Aku nak tanya sikit.Sebelah bilik kita tu dulu bilik Anis kan?Yang depan bilik Anis tu bilik apa pulak?"

Qis yang sedang melipat baju terhenti."Bos masuk bilik Tu ke tadi?"

Afif menggeleng."Aku ingat nak masuk tengok tengok tadi.Tapi berkunci.Sebab tu aku tanya kau ni".

"Oh,tu bilik kosong je.Saya saje je kunci.Bukan ada sesiapa nak masuk situ pun".

" Oh.."Afif hanya mengangguk walaupun dia berasa curiga sedikit terhadap Qis

******************************
Qis mencampakkan dirinya di atas katil."Hmmmm penatnya"

"Aik kenapa kau penat pulak"

"Yelah,bos.Jadi isteri ni susah tau.Semua benda nak kena buat sendiri".

" Haihh baru sehari jadi isteri.Macamana kau ni?"

Qis tersenyum."Takpe.Lama lama saya biasalah bos".

"Hmm yelah.Macamni.Aku bagi kau cuti dua hari".

Lantas Qis bangkit dari perbaringannya." Hah?Betul ke bos?"

Afif mengangguk."Yelah.Aku tau kau penat.Aku bagi kau cuti sehari je tau".

Qis tersenyum lebar."Sehari pun boleh lah..terima kasih,bos".Qis baring semula

"Aipp.Aku tak nak ucapan terima kasih kau je".

" Habistu,nak saya bagi bos anugerah suami terbaik dalam kawasan KL ke?"Seloroh Qis

"Takdelah sampai macamtu.Nak ni". Afif menunjuk pipinya

" Bos ni.Saya tak berani lah nak tampar suami sendiri".Qis berpura pura tidak faham

"Ishh kau ni memang tak faham ke atau buat buat tak faham.Alaaa nak tuuuu". Afif memuncungkan bibirnya

Qis tersenyum.Dia meletakkan tangan nya pada pipi Afif lalu dia mencium tangan nya sendiri.Siap dengan bunyinya sekali

" Sorrylah bos.Not,not today.Saya tidur dulu.Goodnight bos.Terima kasih bagi cuti".Qis terus menarik selimut lalu berbaring semula.Sempat lagi dia menyanyikan lagu BTS.

Afif sudah membuat muka."Haihh Goodnight.Sama sama Qis".Tanpa sedar senyuman terbit di bibirnya

******************************
"Bos,bangun.Solat subuh". Kejut Qis

Afif mengeliat sedikit.Qis tergamam apabila Afif tiba tiba sahaja memeluk pinggangnya

" Eh.Bos.Bangunlah.Nanti terlepas subuh".

Afif akhirnya mengalah lalu bangkit dari tidurnya dengan keadaan mamai

"Hmm nak manja manja sikit pun tak boleh". Afif bangkit lalu bergerak ke bilik air selepas mengambil tualanya.

Qis tergelak kecil melihat Afif yang terhuyung hayang berjalan ke bilik air

******************************
" Morning".Sapa Afif

"Morning bos.Sarapan dulu jom".

Afif melabuhkan punggung di atas kerusi.Terliur dia melihat nasi goreng yang Qis sediakan.

Qis menghulurkan pinggan yang sudah diisikan nasi goreng kepada Afif

Afif membaca doa lalu makan dengan berselera.

Qis tersenyum melihat Afif." Sedap ke,bos".

Afif mengangguk."Sedap.Pandai kau masak".kata Afif dengan mulut yang penuh

"Perlahan lahan makan tu,bos".

Afif tersengih." Hmm bosanlah aku harini takde sape nak teman lunch".Rajuk Afif

"Bos kalau bosan baliklah makan dulu".

Afif lantas mengangguk." Okey.Boleh jugak.Nanti aku balik.Aku pergi dulu lah,Qis".Kata Afif selepas nasi goreng dihabiskan

Afif hendak membuka pintu namun Qis menghalangnya

"Bos,tunggu kejap".

" Kenapa,Qis?".

Qis menghampiri Afif."Ermm nak salam".Qis menghulurkan tangan nya

Afif tersenyum lalu menyambut huluran tangan Qis.Sejuk hatinya memandang Qis mencium tangannya

Qis mengangkat kepala.Afif pula mendekati Qis lalu dahi Qis dikucup penuh kasih sayang.Qis hanya mampu tersenyum sambil memejamkan matanya

Afif melepaskan ciuman lalu memandang Qis yang mukanya sudah seperti tomato.Afif mengusap lembut kepala Qis

"Jaga diri baik baik,Qis.Assalamualaikum".

Qis mengangguk."Bos pun sama.Waalaikumussalam".

Qis memerhati Afif sehingga keretanya hilang dari pandangan.Qis tersenyum sendirian.

To be continued...

Alalalalalaaaa sweet nya diorang ni sejak dah jadi suami isteri....


Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now