part 20

37 1 0
                                    

       Afif berasa bosan lalu keluar dari bilik.Dia melihat bilik Qis yang terbuka menandakan dia tiada di dalam bilik.Afif turun ke dapur

       Afif tersenyum melihat Qis yang sedang mengupas kulit rambutan.Dia menghampiri Qis.

      "Qis".

      Qis tidak menoleh." Yes,bos?"

      "Errr esok kita nak balik kan?"

     Qis mengangguk."Ye.Kenapa,bos?"

      Afif tersengih."Kita tak pergi lagi Pasar Payang.Lepastu aku nak jugak rasa keropok lekor Ganu ni".

      Qis tersenyum."Pagi lagi ni,bos.Petang karang kita pergi okay?"

      Afif lantas mengangguk lalu tersenyum."OK boleh boleh.Hmm kau nak aku tolong apape tak ni?"

      Qis menggeleng."Takyah kot,bos.Dah nak sudah dah ni".

      Afif hanya akur sambil menemani Qis.

******************************
      "Ibu,abah.Qis dengan bos pergi dulu tau.Assalamualaikum".

       Puan Aminah dan Encik Faizul mengangguk." Yelah,hati hati ye.Waalaikumussalam

        Qis dan Afif menaiki kereta kerana pasar tersebut jauh dari rumah Qis.

      Setelah beberapa minit,mereka tiba di Pasar Payang.Qis memakir kereta lalu mereka berjalan beriringan.

      Afif kagum melihat suasana di dalam pasar tersebut.Ia sangat besar dan ramai orang.Afif melihat pelbagai barangan yang dijual di pasar itu.Ada kedai baju,kedai keychain,makanan pun jangan cakaplah.Ada gula gula,keropok,semua pun ada.

      Mereka berjalan jalan di dalam pasar itu.Sambil itu,tangan Afif lincah mengambil barang di kedai gula gula itu.Bila Qis menoleh,besar matanya memandang Afif kerana di tangan jejaka itu ada entah berapa bungkus gula dibelinya.Beberapa bekas asam pun ada sekali

      "Amboi,bos.Banyaknya beli.Stok setahun ka?"

      "Eh ni tak sampai seminggu pun aku boleh habiskan tau.Ikutkan aku,nak borong satu kedai gula gula ni".

      " Ishh bos ni.Dahlah,cepat pergi bayar".

      Selesai membayar,mereka meneruskan perjalanan.Kini mereka tiba di kedai baju.Afif melihat Qis.

       "Qis,kau pakai baju saiz ape?"

      Qis memandang Afif pelik."Saiz M.Kenapa bos".

       Afif menghulur plastik yang berisi gula gula dan asam itu kepada Qis."Wait here".Afif terus meninggalkan Qis

      Qis pelik.Namun dia hanya membiarkan.Sementara menunggu Afif,Qis bermain dengan telefonnya.

      Selepas beberapa minit,Afif datang kearah Qis sambil membawa dua plastik hitam.Satu dihulurkan kepada Qis

      "Ni aku belikan baju untuk kau.Aku nak kau pakai esok pagi masa nak balik.Boleh?"

      Qis mengangguk."Boleh,terima kasih bos".

      Afif hanya mengangguk.Mereka meneruskan perjalanan.Afif sempat membelikan beberapa keychain untuk mama papanya.

     Mereka tiba di kedai anak patung.Qis tersenyum lebar lalu dia terus ke kedai tersebut.Afif hanya mengikut.

      "Qis,kau nak beli patung ni ke?" Tanya Afif

       Qis mengangguk.Patung a.k.a bantal peluk berbentuk penyu itu menarik perhatian Qis.Sebenarnya dia sudah lama berhajat hendak membelinya,tetapi asyik terlupa sebab dia jarang balik kampung

      Qis membelek belek lalu melihat harga.Terbuntang matanya.Bantal tersebut mencecah RM30.Dia lantas menapak ke Afif semula.Perasaan sedih itu disembunyikan.Dia bukan tak mampu.Tapi dia tak jangka mahal sangat bantal penyu itu.Dia bawak duit pun tak sampai 30

      Afif pelik melihat Qis."Eh,Qis.Tak beli ke?"

       Qis tersenyum lalu menggeleng."Tak payah lah,bos.Dekat rumah tu banyak lagi bantal peluk saya".

       Afif hanya mengangguk.Walaupun dia rasa ada sesuatu yang Qis sembunyikan darinya

      "Err Qis.Kau boleh tak tolong ambikkan kereta tu sampai dekat sini.Aku penat lah nak jalan."

      Qis mengangguk lalu bergerak ke keretanya.

      Afif tersenyum apabila rancangannya berjaya.Dia melihat tanda harga pada bantal penyu yang Qis mahukan tadi. Matanya juga terbuntang.'Makk oi.Apa ke mahal sangat.Bulu penyu ni guna emas ke.Haihh takpelah.Kesian Qis tu'.

      Afif cepat cepat membeli bantal penyu tersebut.Setelah itu,dia melihat kereta Qis sudah sampai.Afif mengatur langkah lalu mereka pulang

To be continued.....

      

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now