Afif membaringkan Qis perlahan di atas katilnya.Beberapa minit kemudian,Datin Rohani sampai ke bilik itu.Dia mencuci luka Qis dengan teliti dan membalutkan plaster pada jari Qis
"Afif,Afif yang buat ke?" Tanya Datin Rohani perlahan
Afif mengangguk sayu."Ye,ma.Afif minta maaf.Afif tak tau pulak dia akan terkejut sampai macamtu sekali".
"Hmm yelah.Mama tau Afif tak sengaja.Tapi jangan minta maaf dekat mama.Minta maaf dekat Qis nanti.Okay?
Afif hanya mengangguk.Matanya masih kekal memandang Qis yang masih terbaring itu.
" Afif,Afif pernah nampak Qis nangis macam tadi?"tanya Datin Rohani
Afif menggeleng."Tak pernah langsung ma.Tapi lepas je dia tengok jari dia yang berdarah tu,dia tiba tiba pengsan.Qis takut darah ke,ma".
"Mama pun tak tau,Afif.Nanti Afif jangan tanya dia pulak tau.Mama takut dia nangis balik".
Afif mengangguk
Secara tiba tiba mereka melihat tubuh Qis yang tidak tentu hala.
" Ah,mama,papa!Jangan tinggalkan Ila.Jangan!!"Tiba tiba Qis meracau racau dalam keadaan matanya masih tertutup
Afif dan Datin Rohani terkejut.Melihat keadaan Qis yang meracau teruk itu,Datin Rohani lantas memeluk Qis.
Qis masih lagi meronta ronta.Afif semakin buntu.Dia membaca surah dan salawat ke telinga Qis.Lama kelamaan,Qis mula senyap.Dia kembali tertidur
Datin Rohani melepaskan perlahan lahan tubuh Qis dari pelukannya lalu dia membaringkan Qis semula.
'Mama,papa,Ila?Siapa tu?Tu mimpi Qis atau kenyataan?'Afif bermonolog di dalam hati
Datin Rohani mengeluh lega.
******************************
Qis terjaga.Dia melihat sekeliling.Tiada orang.Tubuhnya berselimut.Qis bangun sambil memegang kepalanya yang berasa sakit
Qis melihat jarinya yang dibalut plaster.Baru dia teringat yang jarinya dihiris pisau.Qis mengeluh lemah
Pintu bilik tersebut diketuk.Muncul Afif bersama sebuah dulang
Afif mengambil tempat di sebelah Qis
"Hai,Qis.Kau dah sedar?" Tanya Afif sambil tersenyum
Qis hanya diam dan beriak biasa
"Aku dah tolong mama masak tadi.Meh aku suapkan kau makan".
Afif menghalakan sudu ke mulut Qis.Qis tidak juga membuka mulut
" Qis,makan lah sikit.Nanti perut kau masuk angin".Pujuk Afif lembut
Qis akhirnya termakan pujukan itu lalu membuka mulut.Dia mengunyah perlahan lahan makanan tersebut
"Sedap tak?" Tanya Afif
Qis hanya mengangguk.Tidak berkata apa apa.
"Qis".
Qis hanya menoleh ke arah Afif.Afif berasa sedikit hampa kerana tiada perkataan yes,bos yang keluar dari mulut Qis.
" Aku minta maaf".Pinta Afif sayu
Qis memandang Afif dengan pandangan kosong.Tidak juga senyum dan tidak juga marah.Afif menjadi semakin buntu.Jadi dia memilih untuk senyap dan sambung menyuap Qis
Qis hanya makan dengan berselera.Entah kenapa,dia berasa lapar tiba tiba
Qis dan Afif menapak turun ke bawah.Datin Rohani dan Dato' Ahmad menghampiri Qis
"Qis,Qis.Qis okay tak ni?Kami risaukan Qis tau". Kata Datin Rohani
Qis tersenyum lalu mengangguk." Qis okay,aunty.Jangan risau.Terima kasih sebab jaga Qis".
Datin Rohani hanya mengangguk lalu tersenyum
"Afif,pergi hantar Qis balik". Arah Dato' Ahmad
Afif mengangguk lalu bergerak keluar rumah
Qis bersalaman dengan Datin Rohani." Aunty,uncle,terima kasih sebab jaga Qis.Maafkan Qis sebab Qis tak dapat tolong aunty masak.Banyak dah Qis susahkan aunty harini".Kata Qis sayu
Datin Rohani dan Dato' Ahmad menggeleng."Qis,jangan cakap macamtu.Kami yang patut minta maaf.Pasal masak tu,takpe.Lain kali kita boleh masak sama sama lagi ye?"
Qis tersenyum lega
"Qis,jaga diri elok elok tau.Esok kerja.Ke nak suruh uncle cakap dekat Afif untuk bagi Qis cuti?"
Qis menggeleng."Eh takpe uncle.Cuti seminggu ni pun dah terbayang dah banyak kerja dia tu macamana.Lagipun Afif tu bos Qis jugak.Apelah dia cakap nanti kalau Qis mintak cuti lagi".
"Oh,takpelah kalau Qis dah cakap macamtu.Jaga diri ye,Qis". Pesan Dato' Ahmad sekali lagi.
Qis mengangguk lalu pergi ke arah kereta Afif di luar rumah
Sepanjang perjalanan,Qis dan Afif hanya diam.Qis tidak mengungkit tentang kejadian tadi.Afif juga Tidak berani nak tanya apa apa.
Qis membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta
" Terima kasih,bos".Baru Qis hendak melangkah,Afif menghalangnya.
"Eh,Qis kejap".
Qis berpaling." Hmm?"
"Errr esok kau masuk kerja ke?"
Qis mengangguk."Masuk".
"Kau dah sihat ke?Aku takut kau penat nanti".
Qis tersenyum nipis." Takpe,bos.Saya larat lagi.Lagipun banyak kerja tertangguh.Okeylah bos.Saya masuk dulu ye.Assalamualaikum".
Afif hanya mengangguk lalu menjawab salam.Qis sudah menapak ke dalam rumah.
Qis masuk ke dalam rumah dengan air mata yang mengalir di pipi.Anis menghampirinya
"Qis,kenapa kau nangis ni?!" Tanya Anis bimbang
Dengan menunjukkan balutan pada jarinya sahaja,Anis ternganga dan mula kecut.
"Ya Allah..Qis". Anis menghampiri Qis lalu memeluknya.Qis hanya membalas sambil menangis lagi.
To be continued...
Guyss.Apa dah jadi ni?Ish author ni banyak pulak yang dirahsiakan.Hahhaha takpe nanti kome tau.Bagilah suspen dulu kan.Hahahahaha
YOU ARE READING
Saranghae,Encik Boss
Fiksi RemajaNur Qistina Akila,seorang gadis periang.Juga PA yang berjaya.Tidak menyangka akan berkahwin seawal usia 23 tahun.Peminat setia korea. Nak tau dia minat siapa,tengoklah nanti Muhd Afif Adham,si garang.CEO Ahmad Holdings.Boss kepada Qistina.Ber...