part 33

23 0 0
                                    

      Qis mengetuk pintu homestay tersebut."Assalamualaikum,ada orang di dalam tak?Saya di luar".

      Pintu tersebut terbuka."Waalaikumussalam.Ada ni haaa".Kata Afif

       Qis tergelak kecil."Ha bos.Haikal mana.Jomlah".

      Haikal muncul juga akhirnya."Waalaikumussalam.Ha jom Qis".Haikal terus berlalu ke kereta Qis

       Qis mencekak pinggang."Amboi amboi mamat ni.Pergi lagu tu ja.Oi tu keta cek tau".Qis terus pergi ke keretanya semula

       Afif tergelak kecil melihat telatah Qis.Dia mengunci pintu homestay lalu menapak mengikuti Qis

       "Qis,kau tau kan butik Azzahra tu kat mana?" Tanya Anis

       Qis hanya mengangguk

       Beberapa minit kemudian,telefon Qis berdering menyanyikan lagu make it right nyanyian bts dan lauv.Termelatah Qis dibuatnya

       "Ocopot fon aku make it right.Alamakk tak pakai earphone pulak.Anis tolong angkatkan lepastu bukak loud speaker

       Anis hanya menurut.Dia mematikan deringan itu lalu membuka loud speaker." Qis ibu kau ni".

       "Hello assalamualaikum mummy".Sapa Qis dengan panggilan mummy kepada ibunya

       "Waalaikumussalam.Eh ni anak ibu ke siapa bermummy mummy ni?"

       "Yelah,ibu.Anak ibu lah ni.Takkan anak Pak Jabit jiran sebelah pulak".Anis,Haikal dan Afif tergelak kecil mendengar respon Qis

      " Amboi pandai pulak anak ibu ni bergurau.Ha Qis dekat mana tu?"

      "Qis dekat kampung Anis ni.Sekarang nak pergi butik pengantin fitting baju Anis".

      " Oh Qis dengan sapa sekarang ni?"

      "Dengan Anis,Haiqal dengan bos Qis".

      " Aikk bos Qis buat apa dekat situ.Dia nak kahwin jugak ke?"Tersentak Afif dibuatnya

      "Ishh Mak ni ada ada je.Dia jadi pengapit Haikal lah".

      " Oh..okay Qis jaga diri baik baik eh?Kirim salam nanti dekat Afif,Haikal,Anis dengan mak dia sekali.Bye anakku assalamualaikum".

      "Insyaallah.Bye ibuku Waalaikumussalam".

      Anis mematikan talian lalu mengembalikan semula telefon Qis

      " Terima kasih Anis".

      Anis tersenyum"Sama sama".

      Qis melihat ke arah Afif melalui cermin."Bos,sorry pasal ibu saya tadi".

      Afif tersenyum."Takpe,aku tak ambik hati pun".

       Qis tersenyum lalu mengangguk.

******************************
       "Encik Haikal,Cik Anis,ini baju yang encik dan cik minta haritu.Semuanya kami dah ubah macam yang diminta.Boleh lah cuba dulu". Kata penjaga butik itu

       Anis mengambil huluran tersebut."Okey,terima kasih.Qis,Afif,korang tunggu kejap tau".

       Afif dan Qis mengangguk lalu menapak ke sebuah kerusi panjang yang telah disediakan

       " Qis,kau jadi pengapit Anis,kan?"Tanya Afif

       Qis hanya mengangguk."Ye.Eh bos saya nak tanyalah.Macamana bos boleh kenal dengan Haikal eh?"

       "Oh,papa dia dengan papa aku pernah ada projek sama sama.Dari situlah kitorang kenal".

       Qis membulatkan mulutnya lalu mengangguk.

       Haikal keluar dari bilik persalinan." Afif,Qis.Tengok ni.Hensem tak aku?"

       Afif dan Qis memandang Haikal.Qis tersenyum manakala Afif membuat thumbs up.

       "Pergghh tak pernah aku tengok kau sehensem macamni,bro". Perli Afif

       Haikal menjeling ke arah Afif." Eh,mana Anis.Apa lama sangat?"

       "Deyy kau sabar boleh tak.Kau tu tukar baju je.Dia nak melilit tudung tu yang berejam sikit".Kata Qis

      Haikal tersengih." Eh haah lupa pulak".

      "Korang...okay tak baju ni?"Kelihatan Anis pula yang menunjukkan dirinya.Afif dan Qis tersenyum manakala Haikal pula sudah terbuntang matanya melihat Anis

      Haikal tersedar apabila sesuatu menepuk bahunya." Bro,tak elok pandang anak dara macamtu".Perli Afif

      Qis tergelak kecil manakala Anis pula sudah tersipu malu.

      "Anis,okey je weii.Lawa kau pakai baju tu". Puji Qis

      Anis tersenyum." Hehehe thank you,Qis.Jadi boleh eh ambil baju ni?"

      "Boleh,korang pergi lah tukar balik".
    
      Haikal dan Anis mengangguk lalu ke bilik persalinan masing masing semula

      Qis membelek belek baju yang terdapat ni dalam kedai tersebut.Qis tersenyum kerana baju tersebut kesemuanya lawa lawa belaka.Tapi harganya..perghh takleh bawak bincang.

      Afif tersenyum lalu menapak ke arah Qis." Qis,kau nak ke baju tu?"

       Qis menggeleng."Ishh taknaklah,bos.Bukan saya yang kahwin.Lagipun baju ni mahal mahal lah".

      Afif hanya senyap.Beberapa minit kemudian,Haikal dan Anis menapak ke arah mereka

      "Ha Anis,Haikal.Dah sudah dah?Jom balik".

     Haikal,Anis dan Afif memandang pelik ke arah Qis yang sedang berjalan melulu itu.

     " Qis".Langkah Qis terhenti apabila Anis memanggilnya.Dia menoleh ke belakang semula

      "Apa?"

      Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri."Err kau taknak cari baju pengapit kau dengan Afif ke?"Tanya Anis pelik

       Qis masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri."Buat apa?Yang nak kahwin tu korang.Ni butik pengantin,bukan butik pengapit lah sayang".

       Mata Afif tajam memandang Qis."Qis!"

       "Ye,bos".

       " Cari baju.Now!"kata Afif keras

       Qis memeluk tubuh."Taknak!"

       Afif hilang sabar.Dia menapak ke arah Qis.Tanpa diduga dia mencempung tubuh Qis ala ala bridal style

        Qis terjerit apabila merasakan tubuhnya di awang awangan."Aaa bos!Apa bos buat ni?"Qis meronta ronta

      Haikal dan Anis sudah ternganga melihat adegan di luar jangkaan itu.

      Afif perlahan lahan meletakkan Qis di atas sebuah kerusi

      Walaupun sudah dilepaskan,Qis masih lagi menghentakkan kakinya memijak mijak lantai yang tidak bersalah itu.

     "Qis,diam!" Kata Afif

     Qis tidak kisah malah masih menghentak kaki

      Tanpa diduga Afif melutut dan mendekatkan dirinya pada Qis.Kedua dua tangannya pula ditekapkan pada meja di belakang Qis sekaligus memblocking pergerakan Qis

     Qis terpana apabila wajahnya betul betul dekat dengan Afif.Dia menghentikan hentakan kakinya

     "Sebelum aku kiss kau,baik kau ikut cakap aku.Boleh?" Tanya Afif perlahan supaya tidak didengari oleh Haikal dan Anis

     Qis hanya mengangguk.Afif tersenyum lalu berdiri dari melutut

     Afif menghulurkan gaun berwarna ungu kepada Qis

     Qis merengus kasar lalu mengambil huluran tersebut.Dia menarik tangan Anis untuk mengikutinya.

To be continued...

Saranghae,Encik BossWhere stories live. Discover now