Berapa jauh syurga
Dari amal baik
Seperti fajar ke maghribBerapa jauh neraka
Dari amal baik
Cuma sebulu romaTak terluput hidup ini
Rasa sesal dikumpulkan sehariDari fajar ke maghrib
Merentang buah khuldi
Ditelan anak Adam///////////////. 31/1/2020 ./////////////
🌷apa yang hendak disampaikan🌷
Berapa jauh amal baik kita untuk ke syurga?
Dan berapa jauh neraka berbanding amalan baik kita?
Kita semua pendosa.
Pendosa tanpa noktah. Sehari akan ada kita melakukan dosa. Sehari akan ada penambahan dalam akaun amal kita, sama ada amal baik itu banyak atau sekadar cubitan kecil yang disalut dengan kekhilafan.Pernah rasa bersalah akan sesuatu perkara? Ya, itu adalah cahaya jiwa awak kerana hidayah tiba jua.
Tak mengapa, asalkan awak masih ada sekelumit iman yang tersisa. Iman yang goyah kadang tegak teguh namun ada masanya juga tumbang terhanyut di lembah yang memukau. Hidup terumbang-ambing dengan nikmat duniawi, bahagia dengan apa yang dikerjakan.Pernah kita bermuhasabah?
Cuba renungkan dan fahami setiap bait kata-kata di bawah. Hadam ya;)
Bagaimana setiap rakaat solat kita?
Adakah solat itu lebih fokus dari cinta duniawi? Sebenarnya cinta yang Maha Esa ataupun cinta ajnabi yang engkau dambakan?Sehari berapa kali kita beristighfar?
Sehari berapa kali hati, mulut menyebut zikir mengingati Allah?
Al-Quran dibiarkan sepi tanpa kita membukanya? Sukar sekali untuk melihat bahkan membaca sebaris ayat, kenapa kita lebih senang basahkan bibir dengan kata cacian, kutukan tetapi sukar menghafal dan mengerti makna kalimah Furqan, mengamalkan ayat suci dari kalam Allah setiap kali inginkan ketenangan?Ayah dan bonda adakah kita hormat atau sebaliknya? Setiap tutur kata, adakah kita jaga adab pergaulan?
Jangan kita lupa, dosa itu penyakit.
Andai tidak dirawat dengan istighfar, perkara yang mendekatkan diri kepada Allah...
ia akan membinasakan kehidupan kita sebagai manusia.Ingatlah kita ada hari pembalasan.
Akan ada azab kubur, adanya titian sirat dan adanya syurga neraka.Sama-sama kita kurangkan akaun dosa agar hidup kita tidak dibinasakan bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Masih ada lagi peluang, kurnian pintu taubat sentiasa terbuka untuk awak sebelum roh terkeluar dari jasadmu.
Muhasabah diri, tepuk dada tanyalah iman.
YOU ARE READING
GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)
Poetry1st Poetry of life🔛 🏅ACHIEVEMENT🏆 🎖️•Pemenang Silver Award(Best Poetry) same author: old acc@ana_nrmi❌ now: @aynr_iqah☑️ _______________🌦️🌦️😭🌦️🌦️_____________ GERIMIS bermaksud hujan renyai-renyai, jadi aku himpunkan segala...