Kejar impianmu
Dengan kesungguhan
Berlarilah engkau
semasa yang lain sedang berjalan
Teruskan ke depan
Walaupun yang lain dipersinggahanJangan dipeduli
Soal kelelahan
Kelak ia meraih tempat
Sama ada kejayaan
Ataupun kegagalan
Mahupun jika berhenti
Usahlah kau berduka
Teruskan mengorak langkah
Senyum dan bina semulaJika yang lain berada di puncak
Jangan bersedih kau masih di dasar
Ilmu yang luas bukan saja di langit
Bahkan ia juga terbentang di lautanJika engkau sudah di rembulan
Usah kau lupa pada sekeping tanah
Kerana semut yang kecil
Turut berusaha memanjat pokok
Jangan kau alpa
Jangan kau angkuh
Kelak akhirnya binasalah hati
Berkatnya tersisa berkurangan6/3/2020
YOU ARE READING
GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)
Poetry1st Poetry of life🔛 🏅ACHIEVEMENT🏆 🎖️•Pemenang Silver Award(Best Poetry) same author: old acc@ana_nrmi❌ now: @aynr_iqah☑️ _______________🌦️🌦️😭🌦️🌦️_____________ GERIMIS bermaksud hujan renyai-renyai, jadi aku himpunkan segala...