Hidup ini
Bukan seperti simbol tambah tolak
darab bahagi,
Tiada ketetapan
Di sini kita berdiri
Detik ini segala bertukar ganti
Berhanyutan
dan hari-hari yang lewat
Telah remuk dalam getaran sendiri
Segalanya tiada tetap pada paksi.Hidup yang kita panahkan
Kijang liar
Darjah sasarannya harus lebih ke depan
Kiranya kita mahu hidup
Lebih dari kekinian.Tambah tolak
darab bahagi
Logik yang mati
Hidup lebih dari itu.22/3/2020
YOU ARE READING
GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)
Poetry1st Poetry of life🔛 🏅ACHIEVEMENT🏆 🎖️•Pemenang Silver Award(Best Poetry) same author: old acc@ana_nrmi❌ now: @aynr_iqah☑️ _______________🌦️🌦️😭🌦️🌦️_____________ GERIMIS bermaksud hujan renyai-renyai, jadi aku himpunkan segala...