putus asa

7 3 0
                                    

Apa yang membuatkan engkau mengalah?
Apa yang membuatkan engkau lemah?
Hingga hampir mematikan hikayat usaha
Yang selama ini
menjadi semangat jiwa

Semangatmu membara
Kerana bicara manusia
Kini kau tersungkur juga
Kerana tutur mereka?

Duhai teman,
Jangan kecundang
Dengan kepalsuan
Jangan digunakan hati
Membuat keputusan
Apa gunanya akal
Jika tidak memikirkan
Dalam hal kebenaran

Bangkitlah dari lena
Usah kau terus melayan
Perasaan yang sendiri tak pasti
Kerana hebatnya jati diri
Dengan telunjuk kehendak diri

6/3/2020

GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)Where stories live. Discover now