Jagalah hati

8 3 0
                                    

Telah ku lalui bertahun-tahun
Sering berkata
Siapakah aku sebenarnya
Ternyata memang sukar menjadi aku

Seringkali aku
Sengaja mencari-cari
Jalan mudah yang menyakiti diri
Orang lain ku anggap pesalah
Atas apa yang menimpa aku

Kadang kala aku masih mencari cara
Agar mampu meluangkan
Waktu mata mula menitis
Takungan air jernih yang mengalir
Sungguh aku sesali
Masa lalu suram
Namun tak pernah berganjak
Tak mahu diubah
Melainkan di sini-sini sahaja

Adakalanya juga
Aku palsukan kata
Pura-pura baik
Saat dikau memandang aku
Biar rasa ini terus tersembunyi

Namun sesaat kembali
Bila tiada mata-mata menoleh
Aku terus tersungkur
Berkecai dan tak lagi bermakna
Hingga pernah sekali aku sematkan
Mati rasa dan buta pandangan
Berhati-hati dengan langkah harian
Bimbang kisah silam mengimbau Gugurnya kelopak, bunganya layu.

Keliru aku keliru
Hingga kian terasa pahit
Di saat segala perih
Yang digigit
Menggigil tak keruan
Hingga hari ini, esok dan lusa
Masih aku damaikan
Sebati dalam diri

Maafkan aku...maafkan aku
Maafkan aku yang masih menyimpan
Aku tak lagi boleh bertahan
Maafkan perasaan yang berlanjutan
Akan aku cuba bangkit semula
Lupakan kisah silam

Memaafkan aku dan dirimu
Jangan kau ulangi silap yang sama
Usah kau mula menyakitinya
Jaga hatinya dan hatimu
Moga penantianku baik-baik sahaja.

((((13/2/3020))))

GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)Where stories live. Discover now