Kicau burung di hujung dahan
masih ada
Sayap paginya kematian angin
Sedang siang terus melambai
Melayang pulang.Pelaut rebah di bibir pantai
Masih ada
Dada senjanya menepis ombak
Sedang malam kian mendekat
Memagari mimpi.Burung dan pelaut
Di sinilah
Hatinya saling bersalaman
Sebelum berangkat mendukung derita
Ke lain pangkalan.||||||||| 31/1/2020 ||||||||
Nikmat hidup Allah masih bekalkan untuk kita, lalu apa lagi nikmat yang ingin kamu dustakan?
Apa jua pekerjaan yang dilakukan biar ikhlas niatnya dan sentiasa diredhai Allah. Baru berkat hasil kerja mencari wang yang halal, Insha'Allah rezeki datang melimpah.
Tidak kiralah kerja apa pun biar halal, jangan pernah kita menghina pekerjaan seseorang walaupun tak bergaji besar mahupun yang gajinya masuk setiap bulan, itu semua rezeki dari Allah sepatutnya kita bersyukur teman, bukanlah mengeluh.
Contoh : Dia ialah seorang nelayan. Kadang waktu siang baru nak melangkah pergi kerja, cuaca pula mendung. Disebabkan risau akan keselamatan, ditangguhkan kerjanya kerana cuaca tidak baik di pagi hari bimbang akan laut yang bergelora.
Masih ada rezeki di kemudian hari. Takdir hidup kita sudah tertulis...soal rezeki, jodoh, dan sebagainya. Jemputlah dengan cara yang Allah suka nescaya hidupmu akan dilimpahi barakah.
"Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak(bernyawa) melainkan semuanya telah dijamin rezekinya oleh Allah. Dia Yang Maha Mengetahui tempat kediaman dan tempat penyimpanannya, semua itu (tertulis) di dalam KITAB yang nyata(Lauh Mahfuz)" (Hud:6)
Kesimpulannya, rezeki tak pernah salah alamat.
Terima kasih kepada yang membaca ini, semoga kita semua peroleh rezeki yang melimpah dan sentiasa diredhai Allah. Aamin
YOU ARE READING
GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)
Poetry1st Poetry of life🔛 🏅ACHIEVEMENT🏆 🎖️•Pemenang Silver Award(Best Poetry) same author: old acc@ana_nrmi❌ now: @aynr_iqah☑️ _______________🌦️🌦️😭🌦️🌦️_____________ GERIMIS bermaksud hujan renyai-renyai, jadi aku himpunkan segala...