✨Amarah✨

46 5 0
                                    

Seperti bara
Di sempadan keringan lalang-lalang
Dengan angin hasutan
Akan membakar
Dan merebakkan kemalangan
Di ladang silaturahim ini.

Air kelembutan
Itulah pemadamnya
Lepaskan aliran
Di ladang gersang
Hingga tumbuh tanaman hijau
Dan tutup alur saraf was-was
Akan kebajikan persaudaraan
Beri baja pada pengertian
Tentang kelemahan insan
Atas ukuran kekurangan peribadi

Amarah buah dari keakuan
Mati ia di tanah taqwa

(((((((((( 2/2/2020 )))))))

Bila sedang marah, lebih baik jangan berkata apa-apa.

Kerana bila kemarahan sudah reda
Kamu akan menyesal dengan perbuatanmu itu.

GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)Where stories live. Discover now