Sejak namamu menggetar rasa
Aku khabarkan pada angin
Bawakan hembusan kasih
Terbang jauh kepadanya
Ingin aku bersama awan
Mengarang lafaz terindah untukmu.Jika kutahu
Kamulah ciptaan terakhir
Tiada kujadi pelari sepi
Diburu mimpi demi mimpi
Lalu berhenti di kaki hari
Merenung pagi yang cerah
Sekadar datang dan pergi.Dikaulah pemanis memori buatku
Laut berpayung senja indah
Suara ombakmu
Memecah sepi pantai rinduku
Di balik karangan batu
Ikan kecil berenang riang
Ingin selalu di dasarmu
Sesetia rembulan pada bintang.///////////// 2/2/2020 //////////////
Biarlah aku hanya ada satu sahaja teman. Meskipun banyak sifat buruk aku dia sentiasa di sisiku. Dia faham semua kepalsuan kisah aku, walaupun aku mampu tersenyum dia tahu aku sedang bersedih. Dia yang selalu menyambutku ketika ku rebah, sentiasa berjuang bersama.Biarlah dia seorang sahaja yang setia bersamaku, daripada beribu-ribu yang hadir hanya sekadar menumpang senang.
Adakah 'dia' yang ku seru itu adalah kamu?
Jika benar, maka akan ku cuba jaga hatimu sesetia rembulan dan bintang.
YOU ARE READING
GERIMIS(dalam Proses Penyuntingan)
Poesia1st Poetry of life🔛 🏅ACHIEVEMENT🏆 🎖️•Pemenang Silver Award(Best Poetry) same author: old acc@ana_nrmi❌ now: @aynr_iqah☑️ _______________🌦️🌦️😭🌦️🌦️_____________ GERIMIS bermaksud hujan renyai-renyai, jadi aku himpunkan segala...