C. II

639 131 42
                                    

“Mulai hari ini, saya doktor yang akan merawat awak.”

Refleks gadis muda yang lumpuh itu tertawa kuat, dengan air mata yang mengalir dia masih mampu untuk tertawa. Jelas menunjukkan, dirinya cekal selama ini.

“Awak ketawa?” Tanya doktor lelaki itu. Dengan stetoskop tergantung di dadanya. Membuatkan Ran tidak dapat membaca nama yang tertera di seragam lelaki doktor itu dek kerana terhalang oleh stetoskop tersebut.

Air mata diseka dengan hujung selimut. “Saya pasti, pakcik doktor takkan— ” Katanya terhenti, doktor lelaki itu memintas terlebih dahulu.

“Doktor Juyeon. Lee Juyeon, 28 tahun.” Tangan dihulur untuk bersalaman. “Saya bukan pakcik, dan belum berkahwin lagi.” Tambahnya lagi.

Ran menjeda tanpa sebarang tingkah untuk membalas huluran salam itu. Lama makin lama, suasana kekok kerana lelaki doktor itu masih menantikan balasan dari Ran. Dengan senyuman yang ah- tidak sihat untuk jantung!

Ran segera menggelengkan kepalanya ke dua arah sisi berlainan, dia malu sebab berfikir yang bukan-bukan. Lagipula, mana ada lelaki yang mahukan perempuan lumpuh?

Hurm? ” Juyeon berdehem, membuatkan Ran refleks menyambut huluran tangannya. Maka, bertautlah kedua tangan mereka tersebut.

“Izinkan saya untuk rawat awak.”

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now