C. IV

549 114 19
                                    

“Yoojung, ingtkan pesakit wad vip number 7, Hong Ran tu bersiap untuk sesi hari ni.” Arah Doktor Juyeon kepada nurse Yoojung, juruawat praktikal yang ditugaskan menjadi pembantunya.

Hari ini adalah hari pertama untuk doktor Juyeon mengadakan sesi fisioterapinya. Menguji tahap kesihatan pesakitnya itu.

“Ta- tapi, doktor...” Agak kelu lidahnya untuk bertutur. Yoojung menghela nafas, “Pagi tadi saya dah ingatkan awal, dia berkeras tak nak pergi sesi terapi hari ni.” Kata Yoojung.

Doktor Juyeon melepaskan keluhan beratnya. Dengar dari cerita ketua doktor sebelum dia berpindah tugas ke hospital ini, yang lapan orang doktor telah berpindah tugas sebab tidak tahan akan sikap Ran yang suka membentak.

Bahkan, doktor pakar fisioterapi sebelumnya pernah menangis histeria akibat dibaling dengan bermacam-macam benda.

Namun, semua doktor tidak berani melawan. Ran adalah pesakit vip hospital tersebut. Cucu kepada ahli dewan parlimen.

Membentak tidak mahu menjalani sesi fisioterapi. Itulah definisi kepada Hong Ran.

“Tak apa nurse Yoojung.” Coat putih yang digantung cuba dicapai dan disarungkan pada tubuhnya. “Biar saya yang pujuk dia kali ini.” Tawarnya dengan ikhlas.

Nurse Yoojung menelan ludah perit. Habislah! Sebentar lagi berita yang kepala doktor Juyeon akan benjol dibaling dengan handphone miliknya Ran akan tersebar di hospital Saesarang.

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now