C. III

594 121 16
                                    

“Izinkan saya untuk rawat awak.” Ujar Doktor Juyeon. Dengan senyuman yang pastinya membunuh setiap anak gadis. Termasuk, si gadis yang lumpuh di hadapannya ini.

Pipi yang naik merona merah itu cuba disembunyikan dengan memalingkan wajah ke sisi lain. Ran bergumam dalam hati. Itu pun kalau awak mampu bertahan lah!

Ya benar, selama 5 bulan dia dirawat di Hospital Saesarang ini, sudah 8 orang doktor pakar fisioterapi merawatnya. Namun, hasilnya tetap nihil. Sebab, Ran akan melenting dan berdegil tidak mahu ikut sesi terapinya.

Semua cara mampu dibuat oleh Ran untuk mengelak dirinya daripada sembuh. Sudah punah harapan dalam hatinya untuk sembuh, dan dia tak mahu sembuh, juga dia takkan sembuh dari lumpuhnya itu.

“Cik Ran..” Panggil Doktor Juyeon.

Ran tersentak, lantas tangan yang masih bertaut itu cepat-cepat dilepaskan daripada saling bertautan.

“Awak dengar— ”

“ —Saya cuma lumpuh, bukannya pekak.” Pintas Ran, pandangan dibuang menatap ke luar jendela. “Doktor boleh rawat saya, itu pun kalau doktor mampu bertahan.” Ujarnya lagi.

Waktu itu juga, Juyeon menelan ludah perit. Jelas terpancar aura kedegilan gadis ini olehnya. Apapun, dia patut bantu Ran untuk sembuh kerana itulah tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar fisioterapi.

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now