C. XVIX

791 112 32
                                    

Last chapter.

Ran menunggu doktor- ketua hospital ini yang terlebih dahulu harus bertemu dengannya sebelum bertugas sebagai doktor praktikal.

"Selamat pagi." Tegur suara dari sisi belakangnya. Ran menoleh.

"Do-doktor Juyeon? Bukankah doktor dah letak jaw- "

" -Letak jawatan daripada pakar fisioterapi kepada ketua bedah hospital ni." Kata Doktor Juyeon sambil menujuk ke arah tag nama atas mejanya. "Awak tak perasan nama saya atas meja tu?" Tanyanya.

Ran menepuk dahinya. Tapi satu kata mampu diluahkannya saat ini, adalah syukur. Syukur yang orang dicarinya masih ada di sini. Tanpa berlengah, Ran berlari memeluk lelaki doktor itu.

Doktor Juyeon agak terkejut. Perlu sedikit masa untuk sel-sel otaknya memproses adegan sekarang. Ran sudah banyak berubah setelah tiga tahun tidak bersua dengannya.

Ran sudah mampu berdiri atas kakinya sendiri. Satu sahaja yang kekal sama. Cengeng. Sama seperti dulu, Ran kuat menangis. Bahkan, coat putih Doktor Juyeon sudah basah di area dadanya kerana air mata Ran.

"Gumawo, my doctor."

Kedua bahu gadis itu dipegangnya.
"Ran.." Panggil Doktor Juyeon.

Pelukan dilepaskan, Ran menghapus air matanya.

"Awak tolong ambilkan surat atas meja tu." Arah Doktor Juyeon. Ran beralih melepaskan pelukan dan berjalan semula ke meja mengambil surat atas meja tersebut.

"Surat apa ni? Boleh saya buka?" Tanya Ran, minta kebenaran. Dibalas dengan anggukan perlahan dan deheman oleh Doktor Juyeon.

Itu, tiket drama muzikal. Jangan cakap yang Doktor Juyeon ingin membawa gadis itu menemaninya malam ini nonton di pawagam ???

"Pawagam Yonghwa, jam 7 malam. Biar saya yang jemput awak." Ujar Doktor Juyeon dengan senyuman yang- ah tidak sihat untuk jantung. Kemudian, berjalan keluar meninggalkan Ran di biliknya.

➳❥ the end



Thanks for spending your quality time reading this cliche fanfic! ♡ i appreciate your vote and comment!

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now