C. XVI

478 102 4
                                    

“Oh- awak dah kembali.” Ran sudah habis bertemu dengan datuknya. Masih setia menunggu Doktor Juyeon di laman hospital. Datuknya tidak berlama kerana urusan mendadak— persidangan ahli dewan parlimen. Biasalah, dunia politik.

Juyeon datang membawa beg kertas yang berisi makanan. “Maaf, saya buat awak tertunggu.”

Ran membalas dengan gelengan kepala.
“Taklah.” Jawabnya.

Doktor Juyeon beralih ingin menolak kerusi roda gadis itu. Tetapi, Ran bersuara. “Doktor, awak tak pernah cerita yang awak dulu pernah alami nasib sama seperti saya.”

Doktor Juyeon terdiam. Cuba mengingat kisah lalunya yang agak kelam. “Ya, memang dulu. Saya tak boleh berdiri di atas kaki sendiri.”

Juyeon menceritakan dirinya pernah lumpuh selama lebih dua tahun. Dalam usia belasan tahun. Dirinya agak terpuruk kerana terpaksa melepaskan impiannya— menjadi pemain bola pasukan negara.

Kemudian, berpindah dari akademi bola sepak Hongdae dan hidup terlantar di atas katil. Berkat tekad dirinya yang putus asa dalam hidup, Juyeon berjaya sembuh kerana rajin menjalani sesi fisioterapi.

“Saya faham, memang susah untuk melepaskan sebuah impian. Tapi, Tuhan janjikan masa depan yang lebih baik untuk saya.” Kata Doktor Juyeon.

“Tuhan pertemukan saya dengan Doktor Palshik, dialah yang sembuhkan saya.” Ujarnya lagi.

“Suatu masa, yang harap saya akan jadi macam Doktor Palshik. Bagi harapan dekat pesakit untuk sembuh, dan akan tunaikan harapan tu.”

Ran menangis. Air mata disapu dengan hujung lengan. Cengeng.

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now