C. XI

479 110 7
                                    

Sudah lima hari berlalu sejak peristiwa mereka bertekak. Hasilnya juga belum ada, sebab kedegilan gadis itu sendiri.

Si keras kepala bertemu dengan si penyabar. Chemistry keduanya tidak boleh bersama. Tapi, itulah tanda saling melengkapi antara satu sama lain, bukan?

Ran yang sedang melintasi sebuah bilik terapi itu mencuri pandang apa yang berada di dalam bilik tersebut. “Yoojung, berhenti sekejap.” Arahnya pada Nurse Yoojung.

Doktor Juyeon sedang merawat pesakitnya yang lain— kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun di bilik terapinya. Budak lelaki itu mengalami nasib sama seperti Ran, kecacatan berjalan.

Kerana tulang sebelah kakinya terseliuh teruk, lebih kurang kepada kes scoliosis. Namun, ini disebabkan oleh insiden kemalangan.

“Hantarkan saya ke taman.” Pinta Ran, pandangan difokuskan semula ke jalannya— ditolak oleh nurse Yoojung menggunakan kerusi roda.

“Doktor, tadi ada orang intip kita!”

------

Di taman sekitar kawasan hospital itu juga, Ran duduk bersendiri ditemani oleh Yoojung yang duduk tak jauh darinya. Alasan Ran menyuruh Yoojung menjauh sebab mahukan privasi.

Nombor telefon ibunya di dail. Sudah tig hari ibunya tiad datang melawatnya di hospital.

“Ibu..”

“Maaf Ran, ibu sekarang sibuk ni. Kejap lagi nak hadiri perasmian butik baru kawan ibu, boleh Ran call malam nan— ”

Tut. Panggilan dimatikan. Sibuk mengalahkan perdana menteri ibunya ini!

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now