“Jadi, saya cadangkan keluarga encik untuk terima kaedah rawatan kali ini memandangkan anak encik sendiri tak bagi kerjasama dengan saya untuk jalankan sesi terapinya.”
Panjang lebar, berjela kata-kata doktor Juyeon menerangkan kepada ibubapa Ran.
Sangkaannya meleset. Doktor Juyeon mengadakan pertemuan dengan ibubapa gadis itu untuk membincangkan kaedah baru rawatan untuk kesembuhan Ran.
“Apa?” Ran melenting. Pendengarannya menangkap ayat kaedah baru tersebut.
Puan Hong menahan lengan anaknya supaya bertenang dan tidak melenting. “Sabar, Ran.” Pujuknya. Ran akhirnya diam semula dan Doktor Juyeon melanjutkan bicaranya yang tergendala itu.
“Kami putuskan untuk Ran ambil rawatan itu.” Muktamad kata Tuan Hong. Dia tahu dan faham akan keputusan isterinya juga sama sepertinya.
Walaupun mereka sibuk selalu, ayahnya bekerja sebagai Ketua Chef pengelola restoran terkenal— restoran ala-ala Perancis kerana ayahnya itu dulunya pelajar jurusan kulinari lulusan dari Perancis.
Ibunya pula, pereka fesyen beg. Atau kata lainnya, designer beg syarikat gergasi nan megah. Shinhwa Cooperation.
“Tanggungjawab untuk sembuhkan Ran, saya berikan pada kamu, Doktor Lee.”
Waktu itu juga, rasanya Ran ingin terjun tingkap dan bunuh diri. Namun, dia tidaklah sebodoh itu melakukan tindakan konyol sedemikian.
➳❥ tbc
YOU ARE READING
[I] Cloud. ✔
Fanfic❛❛Sama seperti awan yang melindungi manusia dari panas, doktor juga akan melindungi pesakitnya dari derita.❜❜ 1ST GALAXY THE SERIES LEE JUYEON VER START ⋮ 19/O6/2O2O END ⋮ 19/O6/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O