C. XII

473 106 8
                                    

Tut. Panggilan dimatikan.
Ran beralih menelefon ayahnya pula.

“Ayah..”

“Ran, ada apa?”

“Ran rindu ibu.. tiga hari ibu tak jenguk Ran kat sini.”

“Ibu kamu masih sibum sayang, macam mana kalau esok. Ayah   dengan ibu datang jenguk kamu sekali. Mahukan?”

“Ayah janji?”

“Janji.”

------

Namun, janji ayahnya pagi itu terbatas. Ran masih setia menunggu ibubapanya di bilik wadnya. Dengan mata tak lekang memandang ke luar jendela bilik wad itu sambil-sambil melukis sesuatu di sketch booknya.

Pintu biliknya dikuak, masuk seorang lelaki separa umur.

Ah- Doktor Baek.” Tegur Ran sebaik sahaja mengecam orang itu. Doktor Baek Palshik, ketua doktor hospital Saesarang.

“Maaf menganggu masa rehat awak cik Ran, tapi saya ada perkara nak bagitahu awak.”

“Apa dia doktor?” Tanya Ran.

“Sebelum itu, kita kena bincang perkara ni dekat bilik Doktor Juyeon.” Tambahnya lagi.

Ran menelan air liur payah. Sudah tiga hari dia tidak mendengar nama Doktor Juyeon. Bahkan, tiga hari juga Doktor Juyeon tidak munculkan diri di hadapannya.

“Baiklah.”

Disebabkan perasaan ingin tahu, Ran akur. Kerusi rodanya ditolak keluar menuju ke bilik peribadi doktor Juyeon. Mungkin sahaja, hari ini hari terakhir doktor malaun itu bertemunya kerana meletak jawatan.

“Cik Ran, awak tahu maksud peribahasa sambil menyelam, minum air?”

“Ha?”

“Sambil Doktor Juyeon rawat awak, awak cubalah pikat dia sekali. Juyeon pun boleh tahan orangnya, kacak— ”

“ —Saya tak minum air laut.” Pintas Ran. Doktor Palshik mencebik. Dia kalah.

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now