C. VI

534 114 26
                                    

Dush!

Wajah dan tubuhnya dipenuhi dengan makanan. Kerana Ran membaling makanan— mee goreng, lauk pauk, dan bubur tepat mengenai sasaran.

Untung sahaja, dia hanya baling makanan. Bayangkan, jika pinggan itu sekali dibalingnya. Habis berdarah kepala Doktor Juyeon!

Mee goreng yang tumpah diatas wajahnya cuba dibuang, cukup dibuang dari pemandangannya. Tahap kesabaran Doktor Juyeon masih boleh dibawa berbincang.

Tak apa, ini hari pertama. Gumamnya dalam hati. Doktor Juyeon hanya perlu tenang sabar menghadapi karenah pesakitnya yang satu ini.

“Saya tak nak buat sesi terapi tu.. ” Ujar Ran dingin, “Dan takkan buat sampai bila-bila.” Tambahnya lagi.

Doktor Juyeon hanya meraup wajahnya kasar. Sekarang, dirinya sudah persis makanan gado-gado resepi orang bugis, alah makanan bercampur-campur tu.

Tapi, yang ini versi makanan bercampur manusia. Dengan tubuhnya basah lencun oleh kuah bubur, rambutnya yang tergantung mee goreng, serta sayur kubis yang melekat di pipinya.

Tanpa sebarang patah, Doktor Juyeon berjalan keluar dari bilik wad yang menempatkan Ran.

Esok mesti pindah tugas lah tu, tch.
Gumam Ran dalam hati. Rasanya, dia berjaya menyingkirkan satu lagi doktor terapi yang ingin merawatnya. Angka itu akan bertambah kepada sembilan orang.

Ran tersenyum sumbing, sambil kembali menarik selimutnya. Misi mencelakai doktor terapinya berjaya.

Haish, kenapalah aku tak baling sekali pinggan tadi? Getus fikiran jahatnya.

➳❥ tbc

[I] Cloud. ✔Where stories live. Discover now