KESELURUHAN halaman rumah agam itu dipandang bagai nak tembus oleh seorang jejaka berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah.
Sniper kekal di tangan dan anak mata kanannya mengecil melihat lubang target. Ingin memastikan jikalau mangsa mereka kali ini memasuki umpan.
"Damn SJ kau memang heartless sial. Majlis kawan sendiri pun kau sanggup rosakkan" Jari telunjuknya bergerak-gerak menunggu masa untuk melepaskan tembakan. Sikit je lagi dan kerjanya bakal selesai.
"Aku rasa tak sedap hatilah Tae. Rasa macam ada benda nak jadi" Jimin merengus kuat. Dia cukup tidak berkenan dengan perasaan tidak sedap hati ni. Buatkan dirinya sering memikirkan perkara negatif berbanding positive.
Taehyung yang memegang gelas wine di tangan menyiku perlahan lengan Jimin. "Alah chill-chill sudahlah. Kau banyak memikir tu" wajah Jimin berubah kelat. Taehyung ni tak membantu langsunglah.
Anak matanya meliar ke seluruh ruang tamu yang dipenuhi dengan mereka yang datang dari golongan atasan. Ramai sangat sampai berpinar mata dia dibuatnya.
"Ayden mana? Tak nampak pun dari tadi" soalan Jimin dibalas oleh gelengan tanda dia pun tak tahu. Dari tadi dia dah mencari kelibat jejaka berkacukan itu tetapi langsung tak dapat dikesan.
Entah kemana lelaki itu menghilang. Sebaik sahaja dia memberikan sepatah dua kata terus sahaja Ayden berlalu pergi dan menghilang entah kemana. Bila ditanya Hoseok,lelaki itu hanya membalas dengan mengangkat bahu tanda dia pun tidak tahu. "Tandas maybe"
xxx
LAPTOP dibuka dan terpapar satu tayangan di mana rumah agam Hoseok yang sudah dipenuhi tetamu menjengah kornea matanya. Kaki disilang gaya bossy dan belakang badan disandarkan pada penyandar kerusi.
Tangan kirinya mengusap dagu dan tangan kanannya bergerak mengawal tetikus ke kiri dan ke kanan dan kadang-kadang ditekan.
Di satu sudut dia nampak Taehyung dan Jimin berbual-bual dan wajah Jimin kelihtan gusar. Lelaki kenit itu seakan merisaukan sesuatu. Ke Jimin sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi.
Kening Seokjin ternaik. Mustahil. Rancangannya tidak pernah terbocor apatah lagi bakal diagak oleh seseorang. Tetikus digerakkan lagi dan kini screen laptopnya memaparkan sudut di mana Namjoon sedang berbual mesra dengan beberapa ahli perniagaan yang dia yakin adalah kawan kepada ayah Hoseok.
"Bosan...next" tetikus ditekan dan screen laptopnya memaparkan sudut di mana Jungkook dan seorang gadis sedang berbual tentang sesuatu yang agak seksual pada pandangan Seokjin. Bebola matanya digulingkan tanda menyampah.
Tangan kirinya dialihkan dan digunakan untuk menongkat kepalanya. Wajahnya berubah bosan. "Aku terfikir...agak-agak kalau kau mati nanti masih lagi ke nak mengorat bagai ni?" Jam tangan dikerling.
Jarum sudah hampir menginjak ke pukul 10:00 malam dan setiap sudut sudah dia lihat namun di mana kelibat Ayden? Musuh abadinya itu?
"Jantan keparat kau nak lari mana?" anak matanya bergerak-gerak cuba untuk mencari kelibat Ayden di dalam screen. Tetap sahaja tiada !
Di mana lelaki itu? Takkan dah mampus dulu? Mustahil ! Dia sudah mengarahkan Eizard untuk menembak lelaki itu tepat sahaja jarum menghala pada angka 11:11 dan belum pun angka 11:11 ingin dicapai kelibat lelaki itu telah lesap. Lenyap ! Seakan asap.
YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Mystery / Thriller+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...