BERITA tentang kematian Ayden mula tersebar di seluruh platform media massa. Tak kira berita online atau langsung, surat khabar atau mesej forward semuanya berkaitan dengan Ayden.
Seokjin duduk dengan tenang di kerusi sofa single yang diletakkan di balkoni bilik yang dia nginap. Matanya memandang langit indah yang menjadi santapan sarapan untuk hatinya tenang dari gundah gelana yang dihadapi olehnya semalam.
Lepas je kejadian pecah pinggan di bahagian dapur,Changwook terus tertidur selepas meminta maaf darinya manakala dia?
Langsung tak dapat melelapkan mata kerana sesuatu. Ye. Sesuatu. Sejak dia mengarahkan seseorang untuk membunuh Ayden terus sahaja dia asyik mendengar suara tangisan seorang perempuan.
Bukan tangisan kesakitan but more to mendayu-dayu. Seakan ingin dirinya mencari punca di mana datangnya bunyi tangisan itu namun Seokjin tak peduli. Biarlah...asalkan dia tak sampai tahap gila itu sudah memadai.
"Bro? Awal betul bangun huargh ngantuk siak" tegur Changwook dengan suara seraknya. Dia menggaru-garu pipi kirinya dan menguap besar sekali lagi.
Hampir sahaja Seokjin ingin melatah kerana disergah secara tiba-tiba. Tajam dia menjeling Changwook yang hanya berseluar pendek dan bersinglet hitam di depannya.
"Adab mana adab? Loji?" geram betul dengan perangai suka menyergah Changwook yang tak berubah dari dulu lagi. Kakinya yang tidak bersilang kembali disilang dan dia kembali merenung langit yang masih terang dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mendung.
"Hehe sorry lah anyway kau jarang bangun awal. Pahal?" Sofa single yang bertentangan dengan Seokjin diduduki olehnya. Rambut yang serabai dibetulkan ala-kadar. Seokjin menarik nafas pendek sebelum dihela perlahan.
Tangan kanannya naik menongkat kepala. Wajah Changwoo yang tertanya di sebelahnya tidak dikerling langsung. "Hm tahlah aku...aku buntu"
"Buntu pahal? Customer kau suruh shoot alien ke?" selamba Changwook berloyar buruk. Biskut coklat yang berada di atas meja kopi dicapai dan disuap masuk ke mulutnya. Uish sedap!
"Tak lawak anjenk. Takdelah...aku tahlah susah lah nak explain bagi orang lurus bendul macam kau ni faham" ujarnya datar.
Bibirnya yang seksi dimuncungkan ke depan tanda frust. Frust tak dapat nak luahkan apa yang dia nak luah sebab dia sendiri tak tahu macam mana nak luah!
Terhenti kunyahan Changwook bila digelar lurus bendul. Terus cawan teh Seokjin dicapai dan diteguk. Seokjin hanya melihat dengan riak muka jijik. Ewww air liur mereka dah bercampur bersama!
O
M
G!!!!
"Disgusted" komennya sepatah. Changwook hanya mengendahkan. Air yang dikemam tadi ditelan lalu kotak suaranya dibetulkan. "Ehem sorry what? Lurus bendul? Eh sorry to say selurus bendul aku pun aku tak pernah TERSILAP tembak orang" sindirnya pedas.
Terciduk Seokjin dekat situ. Wajahnya yang memerah dikipas dengan tangan kiri. "Pedas sangat nak kemana? Neraka?"
Changwook mengangguk mantap. "Haah neraka. Kau dengan aku. Mesti gempak en? Yelah sebab setan bergabung dengan iblis masuk neraka BOOM!" Tangan ditepuk kuat hinggakan Seokjin terangkat bahu.
Membuntang besar matanya memandang Changwook yang tersengih-sengih. "Meletop top top top neraka tu bhai HAHA" sempat lagi dia tergelak besar di akhir kata. Seokjin mengetap bibir sebelum bebola matanya digulingkan menyampah.

YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Mystery / Thriller+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...