PINTU condominium dibuka perlahan oleh Jungkook. Berusaha untuk tidak mahu mengejutkan insan yang sedang terlena di dalamnya. Perlahan-lahan kakinya dijengket-jengket untuk mendekati tangga yang berada di sebelah dapur.
"Kook?" terhinjut bahu Jungkook tatkala disapa oleh satu suara garau. Badannya automatik kejung kerana terkedu. Nampaknya kegiatan dia telah kantoi.
"Kau buat apa masuk rumah aku ni?" soal suara garau itu lagi. Liur ditelan kesat lalu badannya dipusing perlahan menghadap si empunya suara.
"Ha-harith" Harith mengangkat kening. Tangannya naik berpeluk tubuh memperlihatkan otot lengannya yang agak berketak. Hampir hilang nafas Jungkook membayangkan betapa kuatnya tumbukan Harith kalau mengena wajahnya.
Fuh mampu koma!
"I ask you did I? What did you do sneaking inside my damn house?" soal Harith untuk kesekian kalinya dengan nada mendatar. Wajah suci milik Jungkook ditilik tajam dan lama.
Tidak percaya kawannya itu berani memasuki rumah mewahnya secara senyap. Mujur jelah dia terdetik untuk turun ke bawah kalau tidak mungkin sahaja segala rahsia yang dia simpan mengenai kisah hidupnya bakal terbongkar begitu sahaja.
"Ar em aku - aku cuma nak er nak kejut kau tapi yelah kau kan biasa tidur waktu-waktu macam ni so yeah" sengihan kekok ditayang selebar mungkin. Dalam hati tidak putus berdoa agar jejaka dingin di hadapannya percaya.
Harith kekal tidak percaya. Anak matanya bergerak memerhati segenap wajah Jungkook yang tersengih lebar melihatnya. "What for?" soalnya mendatar. Masih tidak yakin akan jawapan yang diberi jejaka itu. Kalau ye pun nak kejut kenapa tak call je?
Perlu ke masuk rumah orang senyap-senyap? Oh sayangnya,seorang Harith Kim terlalu pantang jika rumahnya diceroboh walaupun yang jadi penceroboh adalah rakannya sendiri.
Jungkook mati kata. Mulutnya terbuka sedikit cuba untuk mengeluarkan ayat namun tidak terkeluar juga. Kedua belah tangannya dikepal untuk memberi kekuatan pada diri sendiri.
"Times clicking kid"
"Aku datang cuma nak -"
"Cuma nak?"
"Nak ajak kau datang pergi majlis pengebumian Ayden" jawab Jungkook lancar. Lagipun itu memang tujuan utama dia datang ke rumah lelaki dingin itu tetapi ada lagi satu tujuan yang dia sendiri rahsiakan.
Kiranya tujuan pertama hanyalah asbab untuk menutupi tujuan kedua. Wajah Harith berubah riak. Ayden Jung siapa saja tidak kenal lelaki muda yang terlalu gilakan kuasa seorang lelaki bernama Kim Seokjin itu?
Bibirnya diketap kuat tatkala badannya mulai panas kerana menahan amarah yang bakal terletus. "Ouh duduklah dulu. Aku nak bersiap" balasnya datar tanpa melihat wajah Jungkook. Kakinya dibawa menuju ke tangga manakala Jungkook menarik nafas lega.
Akhirnya,Harith berjaya diperdaya olehnya.
Sayangnya Jeon Jungkook...Harith Kim jauh lebih pintar dari awak.
Setapak demi setapak dia melangkah menaiki tangga dengan senyuman sinis terukir di bibir. Kepala digeleng perlahan tatkala dia tidak tahan untuk meletuskan tawa sinisnya.
"You're too innocent to be the baddest like me,kid. I know what you want from me and this house and I'm not that dumb to let you know the whole true story...
It's just...I'm not lying to you nor denying the truth that you said to me before. I just doesn't have the mood to tell the truth. That's all"
YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Gizem / Gerilim+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...