HEADHUNTER pekerjaannya hanya berlandaskan ARAHAN semata-mata tapi berbeza pula dengan si DIA. HeadHunter sepertinya bergerak sendirian. Tanpa arahan. Tanpa bayaran. Hanya dengan niat suka-suka sahaja.
Dulu dia bekerja di bawah orang.
Mendengar arahan dari orang atasan.
Mendapat habuan tatkala kerjanya selesai. Kini dia menukar selera.
Berhenti mendengar arahan tetapi tetap sahaja mendapat habuan.Bagaimana? Adalah caranya sendiri. Kenapa perlu anda tahu ?
Dia HeadHunter yang bebas.
Bebas membunuh sesiapa yang dia ingini.Bayi.
Kanak-kanak.
Orang tua.
Dewasa.
Remaja.Semuanya dia tibai. Takde satu pun yang terkecuali. Dia juga penyendiri. Hanya Sniper yang setia menemani dirinya di sisi. Tiada kekasih tetapi dia digilai ramai.
Ada kawan tetapi hanya stok kambing hitamnya sahaja.Lawan ? Dia suka mencari lawan berbanding mencari kawan.
Mengapa ? Kerana lawannya adalah stok mangsanya kelak.
Hari demi hari ada sahaja kes bunuh yang berlaku kerananya. Negara Korea Selatan disenarai hitamkan sebagai negara yang mempunyai kes bunuh kematian yang paling tinggi.
Ranking pertama diduki oleh Korea Selatan dan ianya berpunca dari dia si HEADHUNTER KILLER.
Gembira ? Sudah tentu !
Dia berjaya mengharumkan nama negara -Or should I say -
Memburukkan lagi nama negara."I killed"
"I tag"
"I shoot"
Kalau terserempak dengannya silakan lari.
Tak mustahil nyawa anda berakhir sia-sia di tangannya.Dia juga pakar dalam penyamaran. Tanpa sedar dia berada di dalam kalangan orang biasa.
Dia juga bekerja bila siang menjelma tapi bila malam menyinggah sementara dia bertukar selera.
Siang dia seorang manusia yang mempunyai syarikat.
Malam dia seorang manusia yang setia memegang Sniper di tangan.
"Run...or I shoot your head"
"Go...or I tag you as my next target"
"Hide...or I kill you with my own hands"
Wajah suci bukan anugerah semata tetapi dengan wajah sucinya dia berjaya memperdaya mangsa.
Ternampak kertas kecil tertera nombor di atas jalan? Abaikan dan terus berlalu pergi.
Jangan sesekali mengambilnya! Kerana itu adalah nombor giliran kematian untuk anda sendiri.
⋋ HEADHUNTER KILLER KSJ ⋌
AKU tidaklah sebaik yang disangkakan. Hidup dalam kegelapan bukanlah keinginan aku sebagai seorang manusia. Jujur, aku tidak sanggup untuk meneruskan langkah kakiku menyelami lorong yang gelap ni sebab setiap langkah yang aku ambil pastinya akan diselangi dengan satu nyawa insan yang aku tarik menggunakan muncung sniper aku sendiri.
Ini bukan impian,
Jauh lagi sebuah keinginan.
Aku hidup dalam kepalsuan dan inilah kisah tentang aku,hidup aku dan sniper yang dah mendapat tempat dalam hatiku.Tapi sekejap ! Sebelum kau bergerak lebih dalam untuk stalk kisah aku, aku sarankan kau buat sesi perkenalan dengan kawan-kawan aku. Maaf tapi sayang maaf aku tak ikhlas untuk kau heh tapi serius lah maaf sebab kawan yang aku maksudkan bukannya bangtan atau bts yang dah heboh dan famous satu dunia tu.
Bukan.
Kawan aku lain.
Kawan dunia gelapku.Siapa? Sudah tentulah mereka berempat yang setia dengan aku dengan senjata di tangan mereka.
Eizard,Harith,Changwook dan Taeyong. Kisah ini sudah semestinya mengisahkan tentang mereka juga. Bukan aku malahan ahli bangtan turut terselit sama.
Kami berlima sudah lama menjadi satu kumpulan yang digeruni ramai. Sumpah telah kami jalankan tapi sayang, aku mungkiri.
Sebab aku, kami dibubarkan.
Sebab aku, hubungan kami berantakkan.Masih lagi kau ingin menyelami kisah aku? Tabah ke kau untuk tengok kesengsaraan aku? Cekal ke hati kau untuk hadam makian kawan aku?
Kalau tak, aku izinkan kau pergi. Cerita ni akan memperlihatkan segala kejahatan aku,sisi gelap aku dan betapa heartless nya aku.
Pergi,
Atau kau yang akan jadi mangsa aku yang seterusnya.
YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Misterio / Suspenso+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...