KAWASAN rumah Harith dilihat sekilas lalu. Handbrake di tarik lalu enjin dimatikan. Cap yang berada di seat belakang dicapai lalu dipakaikan di kepala. Hujung cap ditarik ke bawah sedikit bagi menyembunyikan separuh dari wajahnya dari dilihat orang.
"Susah sangat ke nak tolong aku? Benda kecik kau besarkan. Dasar !" stereng keretanya dihentak sekali sebelum pintu kereta dibuka dan kemudian ditutup perlahan. Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada siapa yang melihat kelibat dirinya.
"Easy,medium or hard? You choose, Harith. You choose"
_______________________________
"KAU tahu rumah Harith dekat mana? " soal Changwook kepada Eizard yang sudah lepas fasa berangin. Eizard mengendahkan soalan Changwook dan terus-menerus meneguk sebotol soju di tangan kanannya. Terdongak kepalanya memandang siling dek kerana soju yang diteguk menyengat kuat di dalam tekaknya.
"Eizard Jung! I'm talking to you right now!" jerkah Changwook sedikit kuat. Eizard mendengus kuat tatkala soju yang diteguk sudah habis lalu botol yang sudah kosong itu dihempas kuat ke lantai hingga berderai. Terpana Changwook melihat tingkah laku Eizard yang seakan berubah. 25 tahun lepas, Eizard punya baran tidak seteruk ini tapi sekarang ianya berubah 360 darjah !
"Kondo dia mana? Hannam The Hill" balas Eizard ringkas dengan wajah kosong. Dadanya berombak laju kerana menahan marah yang masih tersisa dalam dirinya bahkan wajahnya juga semakin merah kerana bercampur dengan perasaan bengang dan effect kerana mabuk.
"Hannam The Hill? Dia duduk sama kondo dengan aku?" soal Changwook perlahan khusus untuk pendengarannya sahaja. "ARGH! BABI BODOH! YAISH!" belakang kepalanya di ramas kuat diiringi dengan dengusan kasar. Sesungguhnya badannya sudah mula panas kerana terlalu bengang dengan perangai Seokjin. Terhuyung-hayang Eizard berjalan menuju ke arah dapur untuk melakukan sesuatu buatkan Changwook berkerut dahi.
"Weh kau nak kemana tu? Dah mabuk tu duduk diam-diam sudahlah!" laung Changwook keras. Eizard mengangkat tangan kanannya lalu dihayunkan ke kiri dan ke kanan tanda dia tidak kesah. "Apa-apa jelah" balasnya dengan suara tenggelam timbul. Matanya juga terpejam celik kerana effect soju sudah mula menunjukkan kesannya yang agak ketara.
Hampir mencarut Changwook tatkala melihat tubuh sasa Eizard terlanggar bucu meja makan dengan kuat hingga menghasilkan bunyi dan yang paling gilanya, Eizard masih mampu ketawa riang.
Changwook? Hanya mampu pasrah melihat kawannya yang seakan sudah menyerupai orang gila.
__________________________________
HELAIAN demi helaian kertas penyata kedudukan kewangan syarikat Seokjin diteliti dengan tekun oleh Shiqqal. Cermin mata bingkai nipis yang melorot jatuh dari hidungnya ditolak ke atas seiring dengan keluhan penat terlepas dari bibirnya. Berpinar mata Shiqqal apabila melihat terlalu banyak angka yang mampu membuatkan dia berubah tua sekelip mata. "Kenapa boleh tak seimbang ni? " omelnya perlahan cukup untuk pendengarannya saja.
PAP!
Kertas penyata kewangan syarikat Seokjin dihempas kuat ke atas meja kerjanya hingga menghasilkan bunyi. Cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan dengan berhati-hati di sebelah kertas dokumen kerjanya tadi. Batang hidung diurut perlahan dan matanya terpejam rapat. Sungguh malam ini dia memang tertekan habis. Semua kerja yang sepatutnya sudah selesai tertangguh apabila dirinya 'diculik' oleh adik sendiri untuk balik ke rumah keluarga mereka.
YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Mistério / Suspense+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...