"HARITH! YAH HARITH! HARITH KIM!" bahu kekar Harith ditarik kasar oleh Seokjin hinggakan lelaki itu terpusing ke belakang memandang dirinya yang sedang mencari nafas dek kerana terlalu laju mengejar langkah si lelaki tinggi lampai itu.
"What again? I have nothing to do with you stupid" Harith terus memusingkan tubuhnya ke depan dan berura-ura untuk pergi. Seokjin menggulingkan bebola matanya dan mengeluh berat. "I killed him ok? I killed Taeyong and that's why I left him...there" jelas Seokjin perlahan. Berharap agar Harith mendengar penjelasan darinya.
Langkah kaki Harith terhenti. Wajahnya berubah riak. "You...what?" keningnya bercantum kerana tidak memahami apa yang Seokjin cuba sampaikan. Badannya dipusingkan menghadap Seokjin yang masih kekal berdiri memandang dirinya.
"I killed Taeyong. Aku tak sengaja. The part when you say aku tinggalkan Taeyong separuh mati tunggu ajal lepas kena bom dengan sorang jantan and that's jantan is me! I'm the one yang bom dia"
"J-just why?" tercetus jua ayat yang dia ingin katakan sejak beberapa tahun lalu. Sejak kumpulan mereka secara rasminya dibubarkan. Seokjin terdiam. Tangannya naik meramas belakang lehernya sebelum kawasan parking kereta yang sunyi sepi itu dilihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada sesiapa selain mereka berdua di situ.
"Aku tak tahu tu dia, ok ?Aku memang tak tahu tu dia for fuck sake, Harith !" berusaha Seokjin untuk menyakinkan bahawa dia sememangnya tidak sengaja membunuh Taeyong. Harith tergelak sinis. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. "Tak tahu atau buat-buat tak tahu? Eh kalau orang lain kau boleh bodohkan but not me! Ok?" Seokjin mendengus kasar. Susah cakap dengan orang macam Harith Kim ni. Terlalu susah!
"Ak -"
"25 tahun Jin. 25 tahun kami semua sengsara disebabkan kau tau? Selama 25 tahun kami berpisah,ada kau cuba untuk rapatkan kami balik? Ada? 10 tahun kerja dengan kau,aku dah boleh hadam lah busuk wangi kau tu. The way you say kau tak tahu tu dia jelas sangat menipu dekat mata aku. 10 tahun tu dah cukup lama untuk aku masak sangat dengan cara kau bekerja. Kau akan ambik tahu maklumat mangsa kau dulu baru kau tembak then apa kes dengan Taeyong? Kau nak cakap kau tak ambik tahu pasal maklumat dia? Camtu?" kening diangkat tinggi seakan mencabar Seokjin untuk berkata benar.
"Aku bersumpah atas nama Taeyong yang aku memang tak sengaja, Rith. Can you just believe what I said? Even Changwook can trust me so why don't you? Is it hard enough to trust me for fuck sake, Rith?" Sungguh Seokjin bengang dengan Harith. Lelaki itu terlalu setia dengan pilihan pertama malah terlalu susah untuk dipisahkan egonya. Harith tergelak kecil tetapi cukup sinis pada pendengaran Seokjin.
"You know what? Believe someone you know is everything" Harith jeda seketika sebelum wajahnya dipalingkan menghadap Seokjin yang masih berdiri tegak memandang wajahnya. "But when you lied to me and others" Kening Seokjin bercantum,tidak puas hati digelar penipu. Mulutnya terbuka untuk berkata-kata tetapi laju dipintas oleh Harith.
"Trust means nothing" sambung Harith mendatar. Terus badannya dipusingkan untuk menuju ke kereta miliknya yang berada di hujung kawasan parking Memorial Park itu. "Yah Harith! HARITH KIM ! YAH MICHIN NAMJA!" kuat Seokjin melaung namanya namun dia tetap tidak berpaling. Mulai dari situ,Harith Kim nekad untuk melupakan Seokjin sebagai sahabat malah sebagai kawan sekalipun.
Luka yang lelaki itu tinggalkan dalam hatinya terlalu dalam hinggakan dia sendiri tidak mampu membezakan tawa dan air mata.
Seokjin berdecit kasar sebelum tayar kereta Audi milik entah siapa ditendang sekuat hati. "Bodoh! Harith bodoh! Tak guna sial! Aish!" rambutnya diserabaikan lalu dinding pipinya digigit apabila kereta Harith mulai keluar dari kawasan parking Memorial Park. Anak mata Seokjin bergerak mengikut arah kereta Harith hinggalah kereta itu hilang dari pandangan matanya.

YOU ARE READING
HeadHunter Killer ⊰ ᴋ𝓼ᴊ ⊱
Mystery / Thriller+ Di kala malam menyinggah, Dia sudah bersedia bersama sniper di tangan untuk mencabut nyawa mereka yang bergelar manusia + ❛ Ungkapan yang masih aku pegang sampai sekarang ialah kata-kata dari penjenayah terkenal Amerika, Charles Manson ❜ ❝ 𝑤𝑒'�...