Part 1: Perihal Durian

85 4 0
                                    

Durian digelar raja buah. Bagi pengemarnya, mereka sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Buah durian adalah kategori buah yang mengikut musim. Pelbagai nama diberi pada durian, dari D1 hingga ke berapa pun tak tahu, durian kampung, Anghae (Udang Merah), Holo, Susu, Terung dan paling popular adalah Musang King. Di Malaysia negeri yang paling banyak dusun durian adalah di Batu Kurau Perak dan Balik Pulau, Pulau Pinang.


Bagi yang ada dusun durian, mungkin mereka sudah jemu menikmatinya. Durian boleh dibuat macam-macam menjadi citarasa makanan. Tempoyak, pengat durian, Krepe durian, muffin durian, puff durian dan pelbagai lagi jenama berasaskan durian. Namun begitu, ada juga yang tidak tahan loya dengan bau durian yang sangat menusuk ke rongga hidung.


Adakah anda tahu cara menghilangkan bau durian pada tangan dan rongga mulut anda? Saya pun tidak percaya sebelum mencuba teknik yang dipanggil sebagai petuanya. Jika anda baru lepas makan durian, basuhlah tangan anda dengan mengalirkan air pada kulit durian yang anda makan. Selain itu, anda boleh berkumur dengan air yang disusurkan pada kulit durian. Mudahan baunya akan hilang tapi bukanlah seratus peratus. Ada juga yang mengatakan air yang ditadah pada pangsa durian boleh menyejukan badan.


Kalau di kawasan pendalaman di Sarawak pula, masih ada istilah pokok durian kongsi. Maknanya semua penduduk di sekitar kawasan tersebut berhak mengambil buahnya asalkan rajin mengutipnya. Tapi selalunya pula, pokok durian kongsi ni sangat jauh di hutan. Pokok-pokoknya pula sangat tinggi dan besar. Ada sesetengah pokoknya sebesar jika dua lelaki dewasa memeluk pokoknya dan itupun belum tentu bertemu tangan mereka. Itu menjelaskan betapa tuanya pokok durian tersebut. Biasanya buahnya mempunyai isi yang enak.Jadi di sini, saya ingin berkongsikan pengalaman mistik menjaga dusun durian bersama atuk saya. Pengalaman-pengalaman ini mungkin pernah dilalui oleh sesiapa saja. Mungkin mereka lebih jelas dengan apa yang bakal diceritakan nanti.


Pada masa tersebut, adalah zaman semasa saya baru meningkat remaja. Masih di tingkatan empat kalau tak silap. Masa tu kebetulan cuti sekolah dan musim durian. Jadi atuk mendapat kebenaran dari saudara maranya untuk menjaga dusun durian di sebuah kampung. Saya pula seorang remaja yang sangat gemarkan durian. Apabila mendengar atuk akan menjaga dusun durian saya menawarkan diri menemaninya. Atuk memang berniat nak saya menemaninya, maka tepatlah orang yang bakal menyertai atuk.


Atuk bukannya tiada dusun durian sendiri, tetapi kebanyakkan pokoknya tidak berbuah pada musim tersebut. Lagipun saudara atuk ni memang banyak dusun durian. Sebab itulah dia bagi atuk dan saya jaga. Mungkin mereka pun sudah muak dengan durian agaknya. Apapun rezeki jangan ditolak. Atuk memilih dusun saudaranya yang jauh ke dalam hutan, kononnya buah durian di sana jauh lebih lunak dan enak kerana isinya yang di antara kuning dan oren.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now