Part 3: Pokok Durian Kongsi

44 2 0
                                    

Perhh mandi air sungai batu, terasa macam merendam diri ke dalam air berais. Sejuk siot. Tapi kaw best. Tapi yang tak bestnya kena layan sorang-sorang, nak ajak atuk main sama kat sungai buat macam mandi ngan kawan-kawan? Dia level orang tua, tak layan la. Itu yang kejap je layan sungai.


Dah puas mandi sungai aku pikir kira nak layan radio kat pondok durian tu. Macamana rupa pondoknya? Nasib baik sudah atuk repair tadi. Atap zink la. Dinding buluh dari tiga arah, tak berpintu. berlantaikan buluh. Duduk atas tu, tengok ke bawah, memang boleh nampak la bawahnya dari celah-celah lantai buluhnya. Tiada tangga, rendah jer. Kalau nak tidur muat untuk empat orang dewasa. Kiranya jenis macam aku atuk tak perlu risau walaupun aku tidur buas punya. Ala jenis pusing sana-sini masa tidur la.


Atuk pun mandi juga rupanya, tapi lepas aku mandi la. Tu kata tu, nak ajak dia main-main kejar kat sungai, mana orang tua tu mau. "Atuk nak pesan, duduk tempat orang jangan buat hal, kat hutan ni bukan kita sahaja yang menghuninya, mulut tu jangan celupar" nasihat atuk. "Nak buka radio boleh ka tuk?" tanyaku takut-takut itu pun tidak dibenarkan. Maklumlah orang tua banyak pantang larang. "Buka untuk telinga kau sendiri, jangan panggil semua yang kat sini dengar sekali" balas atuk menderaukan darah aku.


"Atuk nak pergi cari durian kat kaki bukit nun, kat situ adalah tempat durian kongsi, siapa cepat dia dapat, kau nak ikut tak?" tanya atuk. Nak tinggal sorang-sorang kat sini tak la. "Ikut sekali la tuk, tapi barang kita takpa ke tinggal macam tu tuk?" balasku. "Takda orang nak curi barang kita, bukan ada benda berharga pun, kalau orang nak pun, buah durian je orang akan ambik" balas atuk.


"Mulut jaga elok, jangan tegur benda pelik-pelik" atuk sekali lagi memesan padaku. Aku hanya diam dan mengangguk. Kami pun bersiap pergi ke sana. Aku ni pemalas sikit, eh bukan sikit der, banyak la. Oleh itu, aku tak bawa apa-apa kecuali parang pendek bersarung yang diikat kat pinggang. Atuk membawa raga rotan di belakangnya. Seperti beg hiking yang besar. Namun tali kulit kayu sebagai penggalasnya.


Dah atuk kata ikut je. Hehe aku ambil kesempatan. Tapi atuk aku memang seorang yang keras sihatnya masa tu. Ala nanti aku tolong la dia bawa kalau ada buah durian. Kalau bawa dua raga rotan tu, tak ke dua-dua penat nanti. Lagipun, kami ambik durian bukan untuk di jual. Yang kurang elok nak buat tempoyak.


Kaki mula melangkah mengikut atuk. Aku memang ikut jer. Setelah berjalan selama hampir setengah jam, kami sampai kat destinasi. Tapi jalan yang diredah atuk sedikit pelik. Aku terfikir, kenapa dia tidak ikut lurus jer, kan lebih dekat. Tapi dia ikut jalan seakan-akan mengelak suatu kawasan. Nak tanya tapi malas la juga, kena maki tak pasal pula nanti. Jadi, ikut macam bodo je la.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now