Part 5: Balik Ke Pondok

37 3 0
                                    

Aku perhatikan atuk melangkah dengan laju. Aku balik-balik tertinggal juga olehnya biarpun dia yang membawa durian. Nak kata aku jalan lembik, takda la aku perlahan. Aku ni kira atlet sekolah gak, walapun tak dapat nombor satu, tapi pencapaian nombor tiga tu layak dibanggakan la. Tapi langkah atuk aku kalah, tak tahu kenapa. Wahal aku bukan bawa durian pun. Maknanya atuk ni kalau, join rentas desa boleh juara kot?


Apapun aku terus jer ikut atuk. Atuk tak cakap apa-apa. Dia terus berjalan cepat sehingga kami sampai di pondok asal. Aku termengah-mengah juga la. Tapi atuk nampak tenang jer. Mungkin benarlah kata orang 'Alah bisa tegal biasa'.


"Cu, cari kayu api, pakai buat unggun api malam ni" arah atuk. "Jap tuk, penat berjalan ni tak habis lagi" balasku. "Atuk nak pesan, malam ni, jika ada apa-apa yang pelik, jangan tegur, diam saja, biar atuk yang uruskan?" tiba-tiba atuk mengucapkan sesuatu yang tidak menyenangkan dan mendatangkan tanda tanya padaku. Aku cuma mengangguk.


Aku lihat durian sudah banyak juga yang jatuh sejak kami pergi ke kaki bukit tadi. Malam ni aku tibai durian la nampak gayanya. Setelah puas berehat, aku pun mula mencari kayu api di sekitar situ. Aku kumpulkan kayu api depan pondok. Terasa badan melekit akibat peluh berjalan tadi, rasa nak mandi la pula. "Tuk, saya mandi dulu boleh?" aku minta kebenaran atuk. "Pergilah, jangan lama sangat, kejap lagi gelap" izin atuk bersyarat. Aku pun pergi mandi ke sungai tersebut.


Sampai kat sungai berbatu tersebut, aku pun pakai pakaian dalam jer. Tada orang, kesah apa? Lagipun pakaian bukannya bawa banyakpun. Aku melompat ke sungai. Sejuk siot. Kalau mandi dengan kawan-kawan seangkatan memang best la. Dengan kawan-kawan dapat mandi lama-lama. Setakat sorang-sorang mandi sungai, best macamana pun takkan lama, tada orang layan bersama. Selesai mandi aku balik semula ke pondok.


Dalam perjalanan balik ke pondok, aku rasa macam tak sedap hati. Semacam diekori sesuatu. Mungkin perasaan saja kot, bisik hatiku. Aku berhenti berjalan dan menoleh ke belakang, tapi tak ada apa pun. Aku abaikan. Aku mempercepatkan langkah kaki ku. "Cu, gantung kelambu, dan jangan lupa hamparkan tikar juga supaya tiada nyamuk masuk" ujar atuk. "Baik tuk, nanti saya nyalakan ubat nyamuk bawah pondok sekali" balasku yang masih mengelap badan yang masih kebasahan dengan tuala. Dalam masa yang sama atuk sedang menyalakan unggun api.


Selesai menggantungkan kelambu dan menyalakan ubat nyamuk saya berjalan sekitar kawasan tersebut untuk mengutip buah durian. Saya dapat beberapa biji juga, dan dilonggokkan depan pondok. Hari pun sudah semakin senja, maklumlah kat hutan, ruang angkasa masih lagi berwarna jingga, tapi dalam dusunnya agak gelap. Rasa hati macam kurang selesa, semacam diperhatikan. Kali ini bulu roma tiba-tiba meremang. Cepat tangan kananku mengusap leherku sendiri menurunkan bulu roma.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now