Setelah atuk menyumpah seranah benda yang mengilai itu, bunyi hilaian itu menjadi bunyi tangisan mendayu-dayu. Seram sungguh bunyi tangisan tu, meremang tak habis bulu tengkuk aku. Kemudian bunyi itu terus menghilang. Nak kata lega tak la juga. Aku segera turun balik tengok sup katak tadi. Nasib baik tak hangus. Cun-cun sesuai untuk dimakan dah. Aku makan banyak atuk makan seekor dua jer.
Selepas makan aku terus tidur. Keesokkannya aku dan atuk mengutip durian di sekitar kawasan itu jer. Kami bawa setiap selanji (raga memanjang macam beg galas hiking tu la) durian untuk dibawa balik. Selebihnya durian tu kami kopek dan dibuat tempoyak. Dan pagi tersebut kami pun bertolak balik ke kampung.
Berbalik kepada kisah malam tadi, sebenarnya aku yang buat perangai, bersiul semasa waktu senja, teruja sangat. Orang memang kata pantang bersiul waktu senja, dikatakan akan memanggil hantu. Padan muka aku juga yang ketakutan kena.
Kedua, semasa balik dari lereng bukit mengambil durian kongsi pulak, tangan ku gatal mencampak sesuatu ke arah semak kawasan yang dielakkan dilalui oleh atuk. Atuk kata kawasan tersebut adalah tanah perkuburan lama kampung tu. Alamak, dasar tangan nakal. Nasib baik atuk tak tahu, kalau tak, pasti kena ngan atuk.
Buah durian kosong pula, isinya sudah dimakan makhluk ghaib, tu pasal kosong. Sebab tempat tu bukan manusia saja diami. Tapi yang itu aku kurang percaya la juga, mungkin ia adalah kecacatan pada buah tersebut, bukannya pokok durian tu dibaja pun. Tapi kenapa cari tak jumpa walaupun bunyi jatuh sekitar tu je buah tu jatuh. Ini aku tak pasti, nak kata aku rabun tak juga, mungkin kurang fokus masa mencari kot.
Ini adalah pengalaman di dusun durian yang kau pernah ada. Bagaimana dengan rakan-rakan yang pernah menjaga dusun durian seperti situasi aku? Anda mungkin ada kisah tersendiri. Oleh itu,beringatlah jika orang tua mengatakan ia adalah suatu pantang-larang makanya janganlah diingkari. Mereka mempunyai sebab mengatakan suatu perkara itu. Selain itu, bila masuk ke hutan, mulut kena jaga, tangan jangan gatal. Jagalah tingkahlaku tu dengan baik-baik. Masuk tempat orang kena respek. Dengan itu kita dapat menghindar sesuatu yang tidak diingin berlaku.
Tamat!Terima Kasih kerana sudi membaca.Kisah ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal. Jika berlaku, ia adalah suatu kebetulan.