Part 8: Membatu Ketakutan

37 3 1
                                    

Atuk masih belum balik lagi. Aku adalah seorang remaja yang masih di tingkatan empat, sememangnya tidak pengalaman menangani situasi seperti itu. Memang celaka betul la hantu-hantu ni aku juga jadi mangsa sakatan mereka. Dalam ketakutan tu, hatiku menyumpah seranah hantu-hantu tu.


Bunyi orang merayap atau merangkak di bawah pondok itu memang sangat jelas kedengaran. Aku memang dari tadi tidak berani menoleh ke bawah lantai buluh itu, walaupun aku ada peluang untuk melihat ke bawah kerana sinaran unggun api itu masih lagi terang menyinari kawasan tersebut.


Dari dalam kelambu itu aku nampak semacam kelibat benda putih terbang perlahan sambil mengilai. Nak buka radio pun aku tak berani, takut-takut fokus terganggu. Nama pun sudah ketakutan. Nak bergerak menepuk nyamuk yang berjaya meloloskan diri dari bawah lantai buluh pun aku tak berani. Bak kata memang membatukan diri duduk memeluk lutut bersama selimut di badan.


Dalam keadaan keseorangan macam tu, korang boleh bayangkan la debaran hati yang ketakutan. Bulu roma yang sentiasa menegak. Sapa yang cakap dia berani, kalau dalam situasi aku tu, kita mungkin sama juga la jadinya. Seram sungguh suasana ketika itu. Pundi kencing aku memang rasa penuh dah. Tapi dah cuba buang tadi memang tak terkeluar air kencing.


Tidak lama kemudian, bunyi pelik dan hilaian itu tidak kedengaran dah. Tapi ketakutan itu tidak mengurang. Aku berdoa agar atuk cepat balik. Berharap aku lampu suluh atuk menyuluh untuk menunjukkan kepulangan atuk ke pondok. Walaupun ada sedikit lega, gangguan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Tapi aku terus kekal membatu tidak berani bergerak.


Akhirnya kelibat sinaran lampu suluh atuk kelihatan. Pergerakan suluhan atuk ke sana-sini kelihatan jelas. Barulah aku menarik nafas lega. Apabila aku dengar suara batuk atuk barulah aku semakin yakin bergerak ke depan sedikit. Dalam kepala ni terfikir bukan-bukan juga, macamana kalau itu bukan atuk?


Kedengaran langkah kaki atuk melangkah semakin dekat dengan pondok. Aku mengapai lampu suluh dan menyelak kelambu, dan menyuluh terus ke arah atuk. Menyebabkan orang tua itu kesilauan. Bukan apa, nak pastikan itu atuk je. Fuhhhh lega, memang atuk.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now