Lega rasanya melihat kelibat atuk sudah sampai. Barulah aku berlagak berani sikit. Dasar pengecut hehe. Malam itu kembali sunyi. Tak tahu ada gangguan lagi ke tak. Ha, jangan main-main atuk aku ni hebat orangnya bisikku dalam hati. Orang tua biasala banyak pengalaman katakan.
Aku melihat hasil tangkapan katak atuk, kira boleh la buat sup terjun. "Ada dapat katak ka tuk?" tanyaku sambil keluar dari kelambu dan melihat hasil tangkapan atuk. Atuk menunjukkan hasilnya. Wow, dapat labi-labi sekali. "Kau pergi la masak katak ni, atuk dah pesiangkan dan buang kulitnya.
Berkira nak masak sup la. Aku ambil periuk dan sedikit garam serta air ku masukkan dalam periuk bersama katak yang atuk dah siap cuci di sungai tadi. Macam nak cerita pasal resepi sup terjun katak pula. Dalam hutan ni jangan cari rempah ratus la. Cukup dengan garam jer.
Sedang aku memasak katak atuk duduk menyandar di pondok memerhatikan gelagatku sambil menyepit batang rokoknya. Girang juga hati lama dah tak makan katak. Krakkkkkk...Tiba-tiba bunyi ranting pokok dipijak dari arah belakang pondok kami. Hish datang kacau lagi setan ni. Tidak lama kemudian kedengaran hilaian perempuan. Aduh dia datang lagi, apalagi aku melompat terus ke pondok dan masuk dalam kelambu.
"Kamu duduk diam-diam di situ" arah atuk ku. Aku diam tidak berani bersuara. Aku kembali ketakutan, dan bulu romaku naik dengan sendirinya. Aku hanya memerhatikan gelagat atuk dari dalam kelambu. Mampus rentung la katak ku. Adeh.
Mulut atuk terkumat kamit. Baca matera apa benda pun aku tak tahu. Entah salah ke apa mantera yang atuk baca. Benda tu gelak lebih kuat lagi. Bukan sekor jer, ada macam tiga ekor bersahutan dari pelbagai arah.
Atuk kelihatan geram. Dibakarnya hulu parang. Aku hanya memerhati dalam ketakutan. Kemudian atuk memacakan parang tadi secara songsang. Seraya itu atuk berkata "Patutlah korang mati beranak, sebab korang memang sundal, memang gatal, miang dan #@$54% " atuk mengata terus kat benda yang mengilai tu.