Part 4: Kejadian Pelik

34 3 0
                                    

Kat situ pokok-pokok duriannya memang besar-besar. Biasa jenis durian tua ni, isinya memang enak walaupun buahnya tidak besar. Kat kawasan banyak durian susu dan durian terung. Durian terung ni, kecil jer, tapi isinya likat manis enak, bagi pengemarnya mereka berpendapat kalah musang king tau. Kalau kamu orang buat rangka bulat dengan menemukan sepuluh jemari anda, itulah saiz kebanyakkan durian terung. Sebab itu ia juga dipanggil sebagai durian terung kerana saiznya yang kecil.


Sesampai saja kat situ, nampaknya ada bekas ditebas oleh orang kampung, tapi tak nampak pula pondok orang yang jaga. "Kamu kutip kumpulkan setempat" arah atuk. Aku pun kutip la. Dalam leka mencari dan mengutip durian aku terdengar ada bunyi orang bercakap-cakap. Tapi orangnya tak nampak. Rasanya atuk aku tak pekak kot. Aku nampak atuk tercari-cari arah bunyi orang bercakap tu.


Nak juga aku tanya atuk adakah dia dengar apa yang aku dengar. Tapi tau la atuk dah pesan. Aku senyap je la. Nak kata orang yang bercakap-cakap tersebut bersembunyi, kawasan tu tampak jelas la juga. Suaranya jelas, cuma apa yang diperkatakan itu yang tidak dapat dicam."Kami datang hanya mencari rezeki, kami datang bukan dengan niat jahat, mohon jika kamu adalah orang sini jangan mengusik kami" ucap atuk bercakap sorang-sorang. Aku perhatikan tiada siapa pun dengan atuk bercakap. Sah dia bercakap sorang-sorang. Orang tua ni buat aku meremang bulu tengkuk pula. Bunyi orang bercakap tadi hilang.


Setelah beberapa ketika kedengaran bunyi sebiji buah durian jatuh. Buppppp... Atuk menyuruh aku mencarinya sebab bunyi jatuh tu dekat dengan aku. Aku pun cari. Tapi tak jumpa pula. Bupppp... ada lagi durian jatuh, di tempat yang sama. Aku cari lagi, tak jumpa. Bunyi memang dekat jer pun. Pelik cari tak jumpa. Aku pun bagitau atuk, durian tu tak jumpa. Bupppp... jatuh lagi tempat yang sama. Aku cari lagi. Tak jumpa juga. Agak-agak la. Tiga biji jatuh tempat yang berdekatan takkan sebiji pun tak jumpa.


Buppp... bunyi jatuh lagi. Kali ini tak jumpa memang buta la aku ni kata ku dalam hati. Ha jumpa pun. Aku keluarkan parang nak belah buah segar baru jatuh tu. Tampuknya pun masih baru, sah buah ni baru jatuh. Teruja nak mengopek durian tersebut. Aku pun belah la. Korang tau? Dalamnya semua kosong. Pangsanya ada lekuk seperti ada bekas isi buah. Aku kira buah ini ada masalah genetik kot. Maklumlah, diri ini adalah pelajar yang minat dengan sains.


Aku cari buah lain yang jatuh tadi. Jumpa lagi sebji. Pelik juga, tadi aku cari kat kawasan tu juga. Tadi tak jumpa langsung. Aku lihat tampuknya, ternyata baru jatuh juga. Ku belah. Sama kosong juga. Keterujaan nak makan durian segar aku terbantut. Aku balik semula kat tempat aku longgok durian tadi. Atuk juga sedang memilih buah yang dia nak bawa. Aku pilih sebiji, aku kopek sebiji dari longgokan itu. Baru ada isi. Perhhh, enak durian terung ni walaupun isinya tak tebal. Aku ceritakan pada atuk pasal durian kosong tadi. Atuk terus mengajak aku balik ke pondok kami.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now