Part 2: Teruja Bermalam Di Dusun Durian

50 2 0
                                    

Hati terasa girang. Aku mengemas sedikit pakaian untuk kegunaan di dusun durian nanti. Radio tape juga aku bawa sekali, untuk dilayan kalau-kalau kebosanan nanti. Tali tangsi dan kail aku simpan juga dalam beg galasku, mana tau ada ikan sungai air batu. Sebab atuk juga suruh bawa, ada sungai katanya. Siap macam untuk suatu pengembaraan.


Masa sekolah rendah dulu aku pernah ikut atuk dan nenek bermalam di dusun durian. Memang sangat seronok. Suasana hutan sekeliling memang membuatkan aku gembira kerana jarang-jarang dapat mengalami situasi seperti itu. Memori itu mengamit kenangan semasa kanak-kanak dulu. Sudah tidak sabar ke sana.


Atuk siap mengemas segala peralatan keperluan kami berdua di sana. Nenek tak ikut, sebab jaga ayam dan itik makan di rumah. Jadi aku dengan atuk sahaja yang pergi. Atuk aku ni pulak macam-macam pantang larang kalau ikut dia di hutan. Aku dah masak juga dengan perangai orang tua ni.


Kami berdua pun bertolak naik bas ke kampung yang dimaksudkan. Sampai kat simpang kampung tersebut kami berdua turun dan kena berjalan kaki masuk ke dalam hutan perkampungan tersebut. Dua jam juga, lenguh tu memang lenguh, tapi keterujaan tu sangat tinggi mengalahkan segala halangan.


Setelah dua jam berjalan kami sampai di destinasinya. Selepas memunggah barang kat pondok atuk dan aku menebas rumput dan semak sekitar dusun tersebut bagi memudahkan mengutip durian nanti. Kawasan dusun itu tak la luas mana, kiranya satu per tiga kawasan padang bola sepak. Tebas pun cincai-cincai la semata-mata senang nampak durian yang jatuh. Penat juga la. Keterujaan tu tak habis-habis lagi.


Sebelum jam sebelas pagi, akhinya kami berdua selesai menebas kawasan tersebut. Nasib baik juga, cuaca elok tiada ribut, kalau tak risau juga dihentam buah durian jatuh. Itupun ada dah beberapa biji yang jatuh tanpa ribut. Harap hari tak hujan la. Tengahari tu kami berdua makan bekal yang disiapkan nenek pagi tadi.


Selesai makan aku terus mencari sungai air batu yang terdekat. Nak mandi dan bersihkan diri dulu. Dalam sungai tu jelas kelihatan ikan sungai berenang secara berkumpulan. Tak sia-sia bawa tangsi dan mata kail ni. Memang rezeki la. Bukan lebih kepada rezeki, tapi keseronokan sebenarnya.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now