Part 6: Keseorangan

33 2 0
                                    

Hari semakin gelap, menandakan malam bakal menjelma. Aku segera balik ke pondok. Aku buka radio dengan memperlahankan bunyinya. Buka kuat pasti kena marah dengan atuk. Sambil itu, aku menemani atuk menyediakan makan malam.


Suasana dusun itu diperdengarkan bunyi, katak dan cengkerik. Unggun api yang dinyalakan tadi menerangi sekitar pondok kami berdua. Aku bukan tidak mahu bersuara atau bercakap apa-apa. Dalam minda ku banyak persoalan yang inginku tanyakan pada atuk. Tapi, memikirkan tempat hutan begitu, baik aku batalkan niatku. Tak pasal-pasal kena dengan atuk. Biasalah orang tua ni banyak sangat pantang-larang.


Makan malam aku dengan atuk ringkas sahaja. Nasi putih, bersama ikan bakar yang entah bila atuk mengail tadi dan juga isi durian. Itu cukup menyelerakan, menambah dua kali juga aku dibuatnya. Hurmm kat hutan macam ni, selera selalu pelik, galak makan. Mungkin tenaga banyak digunakan kot.


"Kamu berani tak sorang-sorang kat pondok ni?" tanya atuk tiba-tiba. "Berani kot" balasku. Mempertahankan ego sebagai seorang lelaki. Wahal, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. "Kenapa tuk?" tanyaku. "Atuk nak keluar menyuluh katak, mana tahu ada rezeki" jelas atuk menyatakan niat untuk mencari katak. "Ikut suka atuk la, saya tunggu di pondok jer" balasku yakin berani kononnya.


Selesai makan, atuk bersiap untuk mencari katak. Katak yang dimaksudkan adalah jenis yang sebesar genggaman tangan. Buat sup terjun saja dah sedap. Perh terbayangkan pula. "Kamu dalam kelambu sahaja, jangan keluar mana-mana" pesan atuk padaku. "Baik tuk" jawabku ringkas. Atuk pun berlalu pergi. Tinggallah aku sorang.


Mulanya tiada apa yang berlaku. Aku pula kejap baring kejap duduk. Nak makan durian, dah loya pula. Dari tadi asyik menjamah durian je kerja. Bosan dengar radio aku padamkan, boleh jimat baterinya. Maka aku pun kembali sambung, baring. Dupppp, bunyi buah durian jatuh. Dupppp, lagi jatuh. Malas la nak cari, esok je la kutip, bukan berebut dengan orang pun kat sini, bisik hatiku.


Sedang aku asyik mengelamun entah apa-apa, tiba-tiba telingaku terpasang mendengar sesuatu. Kark, kark, kark.... Kark kark kark.... bunyi sesuatu semacam dari arah atas pokok durian betul-betul sebelah kanan pondok. Bulu romaku serta merta naik lagi. Kark kark kark...bunyi tu seakan-akan kat dahan atas pondok pula. Bulu tengkuk aku tak tahu macamana memang menegak terus.

Dusun DurianWhere stories live. Discover now