Pengawal keselamatan di bawah tadi berjalan masuk ke dalam bilik hotel Zack Farhan. Bau hanyir begitu kuat sehingga lelaki tersebut terhidu dari luar tandas.
"Kamu dua buat apa itu!" tegur sekuriti itu.
Pantas pandangan Keim dan Irina beralih pada sekuriti tersebut. Wajah yang cuak terkelihatan jelas di wajah mereka berdua akan kerana terkejut.
"Tak ada apa. Cuma, di sini ada lukisan aneh." kata Irina.
"Lukisan apa?" soalnya sambil berjalan masuk ke dalam tandas dengan langkah yang berhati-hati.
"Tengok macam bukan lukisan." kata Keim. "Apa benda ini sebenarnya?"
"Aku tak pasti. Tapi kita tak boleh cakap sebarangan yang ini bukan lukisan." jawab Irina.
"Habis itu nak cakap apa?" soal Keim.
"Tak pasti." jawab Irina sambil memandang wajah Keim yang selamba sepenuh masa.
"Eh, kau orang gaduh pula dekat sini. Dah balik! Nak dekat pukul 0600 dah." kata sekuriti tersebut.
"Sorry. Boleh tak kami nak lukisan ini?" minta Irina.
"Nak buat apa?" soal sekuriti itu.
"Bahan bukti. Ini adalah bahan yang paling terserlah untuk dijadikan bahan bukti." jawab Irina.
"Baik! Kalau itu yang kamu nak buat bahan bukti, saya kasi. Tapi jangan sesekali tipu saya." setuju sekuriti itu.
"Bawa balik?" soal Keim seolah terkejut akan permintaan Irina itu.
"Ha'ah."
"Aduh! Dah lah naik kereta aku. Lepas itu, kau nak bawa balik sampah busuk ini." kata Keim.
"Hey, ejen sombong! Kamu jangan sesekali panggil bahan bukti ini sampah, ya." tegur sekuriti itu pada Keim.
"Jadi? Pakcik nak saya gelabah ke?" soal Keim dengan nada biadab.
"Kurang ajar betul kamu ini!" marah lelaki tersebut.
"Apa saja kau orang berdua cakap, aku tak akan ambil sampah itu letak dalam kereta aku." kata Keim sambil mengambil barangannya lalu keluar daripada bilik hotel itu.
Irina menghela nafas yang panjang. Baru satu hari bekerjasama sudah jadi begini. Apa akan berlaku pada kemudian hari pula nanti?
"Tak apa, ejen Ina. Saya hantar kamu balik nanti." kata sekuriti itu.
"Tak apa. Saya balik naik grab." tolak Irina.
"Nanti mereka tahu kerja kamu. Apa nak jawab? Tak apa! Biar saya hantar." katanya lagi.
Irina mengukirkan sebuah senyuman tanda terima kasih pada sekuriti tersebut.
"Terima kasih, pakci--"
"Panggil saya Fazli." potong Fazli.
"Okay."
∅∅∅
Keesokkan harinya, Irina datang ke pejabat seperti biasa. Senyuman manis Irina di pagi hari sentiasa kelihatan di wajahnya. Jarang sekali dia bermasam muka.
"Goodmorning, Irina. Dah breakfast? Jom teman aku." tegur seorang lelaki berambut curly entah dari mana datangnya.
"Morning, Zeeyad. Sorry lah, weh. Aku dah breakfast tadi." jawab Irina.
Zeeyad membuat raut wajah yang terhodoh di hadapan Irina. Gelagat jejaka tersebut membuatkan Irina tertawa kecil melihatnya.
"Apalah kau ini." Irina menolak Zeeyad ke tepi dengan perlahan.
"Ha! Lain kali breakfast lah awal-awal." senda Zeeyad.
"Iyalah. Aku janji lepas ini aku tak buat dah." janji Irina.
"Kau masuk pukul berapa?" soal Zeeyad sambil mengikuti langkah Irina masuk ke dalam lif.
"Kejap lagi aku ada meeting." jawab Irina.
"Oh! Ha, macam mana kau buat kerja dengan ejen berlagak itu. okay ke?" tanya Zeeyad dengan nada menyampah.
"Dia okay saja. Tak ada apa berlaku pun." jawab Irina dengan selamba.
"Mesti dia ada buat sesuatu dekat kau, kan." kata Zeeyad.
"Aik, mana ada. Kenapa?" soal Irina.
"Jangan tipulah. Aku tanya macam mana kerja dengan dia, tapi kau jawab tak ada apa berlaku. Aku ini ejen siasat perkataan, tahu." terang Zeeyad.
"Oh, lupa pula pasal itu. Kesian kawan aku sorang ini." kata Irina cuba mengambil hati Zeeyad semula.
"Kau mana pernah ingat aku." Zeeyad memuncungkan mulutnya.
"Betullah itu. Aku memang kawan yang tak guna." sambung Irina sendiri.
"Eh, kau. Lebih-lebih asal?" kata Zeeyad. "Sorry, weh. Jangan terasa. Aku gurau saja,"
"Terasa apa, gila? Aku sambung saja pun." kata Irina.
Zeeyad mengukirkan senyuman lebar padanya. Ibarat ikan tersangkut di jala. Tak tahu apa jadi nanti.
Ting!
Pintu lif terbuka setelah mereka berdua sampai ke tingkat bangunan Irina. Terkejut Irina apabila melihat Tuan Hashim dan Keim sedang menunggu kehadirannya di tingkat itu.
Irina melangkah dengan pantas menghampiri mereka. Rasa bersalah tiba-tiba timbul di perasaannya walaupun dia tidak berbuat apa-apa salah.
"Selamat pagi, Tuan Hashim." sapa Irina.
"Selamat pagi. Kamu tahu apa sebab saya di sini?" soal Tuan Hashim derek masuk highway.
"Saya tak tahu, tuan." jawab Irina bersama raut wajah cuak. Jantungnya berdegup tidak henti.
"Sila ikut saya ke bilik pejabat, sekarang."
Bersambung...
YOU ARE READING
Agent Of P.A.O.F.I [✓]
Mystery / Thriller{ 2ND STORY } [ C O M P L E T E ] Beautiful Cover By: Nooroo_Edayu03 Seorang artis terkenal ditemui mati membunuh diri di sebuah hotel. Artis tersebut tergantung di siling kipas tanpa seurat benang di tubuh. Beberapa ejen daripada agensi F.I.A (Fede...