Tuan Hashim melabuhkan punggung di atas kerusinya. Tenungan tajam daripadanya kelihatan tepat pada wajah Irina.
Degupan jantung tidak henti membuatkan Irina tidak senang berdiri. Wajahnya tampak cuak akan tenungan daripada Tuan Hashim.
"Saya dapat laporan kamu tidak membuat apa-apa kerja. Betul ke?" pembuka bicara Tuan Hashim.
Daripada cuak bertukar hairan pada wajah Irina. Sejak bila dia tidak membuat apa-apa?
"Apa maksud, tuan?" soal Irina seolah tidak faham akan perbicaraan Tuan Hashim itu.
"Kamu tak tolong Keim siasat kes ini ke?" maksud Tuan Hashim dari perbualan pertama.
"Tak tolong? Sejak bila pula? Semalam saya ada dengan dia. Kami pergi hospital, hote--"
"Tak. Saya sorang saja pergi, tuan. Dia dapat maklumat itu semua sebab saya bagitahu malam tadi." Keim memotong percakapan Irina semasa dia sedang menerangkan.
"Kejap! Sejak bila kau bagi aku maklumat? Dan sejak bila aku ada nombor kau?" soal Irina pada Keim.
"Kau nak bukti?" soal Keim semula.
"Yep! Show me." jawab Irina.
Keim hendak mengambil telefonnya daripada kocek seluar, tetapi dihalang Tuan Hashim.
"Sudah! Cakap pasal bukti, apa benda yang kamu berdua dapat?" soal Tuan Hashim seperti lari daripada topik.
"Tiada bukti, tuan. Tapi saya dapat tangkap gambar di mana kematian Zack Farhan itu." jawab Keim.
"Okay. Awak Irina?" Tuan Hashim memandangnya.
"Saya ada 3 bahan bukti, tuan." jawab Irina.
"Fantastic. Mana benda itu semua?" soal Tuan Hashim.
"Ada dekat rumah. Saya expect nak bincang itu semua selepas lunch." jawab Irina.
"Lepas lunch? Kamu fikir ini sekolah ke? Buat projek Sains lepas rehat?" Tuan Hashim menukar kedudukannya. Daripada kerusi berganti meja.
Irina terdiam sejenak.
"Kamu ada bela haiwan atau lain-lain di rumah?" soal Tuan Hashim dengan nada lembut.
"Tak ada, tuan. Di rumah saya cuma ada anak saya dan pembantu rumah saja." jawab Irina.
"Habis itu, awak tinggalkan bahan bukti itu semua dekat rumah sebab nak bagi anak awak itu siasat ke!" marah Tuan Hashim bersama nada yang paling tinggi.
"T-tak, tuan. Lagipun tuan yang mesej saya kalau boleh sebelum waktu Asar." jawab Irina dengan terkebil-kebil.
"Tak boleh ke awak bawa benda itu semua awal-awal masuk dalam bilik perbincangan kita nanti?" tengkingnya lagi.
"Maaf, tuan"
Suasana bertukar sunyi sementara Tuan Hashim memikirkan sesuatu. Irina rasa tercabar apabila dituduh Keim begitu.
Raut wajahnya tidak terkerut manis lagi di hadapan Keim. Tuduhan palsu yang dibuat Keim amat mencabar kesabarannya.
"Kamu berdua boleh keluar." kata Tuan Hashim dengan perlahan.
"Apa, tuan?" soal Keim.
"Keluar sekarang! Hari ini tak ada perbincangan!" jerit Tuan Hashim.
Keim dan Irina bergegas keluar daripada bilik pejabat Tuan Hashim. Terperanjat mereka dibuatnya.
"Nanti!" jerit Tuan Hashim.
Irina dan Keim menoleh ke belakang setelah Tuan Hashim memanggil mereka kembali.
YOU ARE READING
Agent Of P.A.O.F.I [✓]
Mystery / Thriller{ 2ND STORY } [ C O M P L E T E ] Beautiful Cover By: Nooroo_Edayu03 Seorang artis terkenal ditemui mati membunuh diri di sebuah hotel. Artis tersebut tergantung di siling kipas tanpa seurat benang di tubuh. Beberapa ejen daripada agensi F.I.A (Fede...